Banjir : “Mengamuk” Tak Selesai Masalah

ALOR SETAR, 12 Nov – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tidak sepatutnya ”mengamuk” sebaliknya perlu menerima dengan hati terbuka terhadap apa jua kritikan berhubung cara beliau mengendalikan krisis banjir di negeri ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkaya perbuatan Azizan melenting dan memarahi pihak media yang cuba mendapatkan penjelasan tidak sepatutnya berlaku.

“Sekalipun tertekan dengan situasa semasa dia (Azizan) tak perlu sampai ke tahap ‘bergaduh’ dengan pihak media.

“Media hanya memainkan peranan mereka mendapatkan berita seperti penjelasan mengenai sesuatu isu untuk dihebahkan kepada orang ramai.  Sebagai pemimpin negeri Azizan sepatutnya memberikan penjelasan dan bukan menggunakan ruang itu untuk melepaskan marah”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kejadian Azizan ‘mengamuk’ di depan petugas media pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini semalam ekoran dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan negeri tidak menjalankan tugas dengan baik membantu mangsa banjir di Kedah.

Tambah beliau lagi tindakan Azizan akan menjadi satu penilailan kepada rakyat bukan sahaja terhadap cara beliau memimpin dan mentadbir tapi lebih dari itu mengawal emosi.

Pihak media katanya tidak sepatutnya dijadikan beg penumbuk bagi melepaskan emosi yang gagal dikawal. -MediaUMNO

Lagi Berita