Beranikah Anwar Sahut Cabaran Lawan Zaid?

KUALA LUMPUR, 12 Nov. – Mantan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zulkifli Nordin mencabar Ketua Pembangkang yang juga penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dalam pemilihan partinya bagi menentang mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Zaid Ibrahim.

Katanya, jika benar Anwar seorang pemimpin yang amalkan demokrasi, maka beliau perlu tampil ke depan dan berlawan dengan Zaid.

“Anwar perlu batalkan semua pemilihan ini dan kemudian lawan secara terbuka dengan Zaid… satu lawan satu, bukannya duduk di belakang dan mengatur itu ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Jelasnya yang juga Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, PKR perlu menjelaskan kepada rakyat kredibilitinya kerana menurut beliau parti ini hanya mempunyai dua elemen sahaja iaitu bohong dan cakap tak serupa bikin.

“Anwar yang saya kenal seorang yang ego… dia tidak mahu seorang pun yang membantah apa yang dia cakap. Dia bercakap pasal demokrasi sedangkan secara jelas dia tidak pernah mengamalkannya (demokrasi).

“Dia (Anwar) cakap macam-macam tapi apa yang dia buat…cuba lawan Zaid kalau berani. Saya cabar Anwar Ibrahim kalau berani sangat, kalau betul-betul anak jantan lawan dengan Zaid Ibrahim,” ulangnya lagi.

Jelasnya, sebelum itu, PKR perlu membatalkan semua pemilihan dan melantik satu badan bebas bagi meantau pemilihan antara Anwar dan Zaid.

“Sebabnya kalau ada pertandingan, Anwar tidak boleh terima. Berdepanlah dengan berani… kita tengok siapa menang,” tegasnya lagi.

Tambahnya lagi, sikap Anwar yang pembohong terbukti apabila sering bercakap tentang salah guna kuasa, korupsi, kronisme, nipotisme dan macam-macam lagi tetapi dia sendiri melakukannya.

“Apa yang Zaid dedahkan mengenai PKR hanya mengesahkan sahaja apa yang telah dilakukan oleh saya dan anggota lain yang telah meinggalkan PKR. Politik PKR ini pembohong. Anwar cakap macam-macam tetapi dia sendiri buat.” -MediaUMNO

Lagi Berita