DAP Fobia 13 Mei – Belia 4B

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Tarikh 13 Mei  amat mengerunkan DAP hingga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim baru-baru ini digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan berkuat kuasa 17 Ogos lalu kerana menyebut perkataan ’13 Mei’.

Presiden Belia 4B Malaysia, Mua’ammar Gaddafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin berkata,   DAP takut dengan bayang-bayang sendiri kerana selama ini, DAPlah yang selalu membawa dan menimbulkan isu-isu perkauman.

“Sebelum ini, rakyat Malaysia hidup aman damai. Kita boleh hidup dengan cara kita. Tiada siapa nak pertikai Perkara 153, tiada siapa pertikai hak istimewa Melayu. Kenapa sekarang semua ini boleh berlaku.

“Itulah cara DAP berpolitik. Mereka tidak matang, mereka fobia dengan  tarikh tersebut,” ujarnya ketika di hubungi UMNO Online.

Tambahnya, sudah berapa kali tarikh 13 Mei berlalu sejak 13 Mei 1969 sampai sekarang. Tidak ada apa pun berlaku, Malaysia tetap selamat, aman dan makmur.

“Namun, sejak mereka main politik ‘jolok sarang tebuan’, mulalah mereka takut. Sebenarnya mereka  DAP bimbang  kesan dari kejadian 13 Mei tersebut, iaitu penyatuan orang-orang Melayu. Itulah sebenarnya fobia utama DAP,” tambahnya lagi.

Lagi Berita