PKR Jual Temberang, Pas Jadi Keldai

Setakat hari ini, peratusan keluar mengundi yang amat rendah bagi pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus menjadi tanda tanya buat semua rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan politik negara.

Ada yang menyifatkannya sebagai satu protes dari ahli-ahli PKR sendiri, dan ada juga yang mengatakan bahawa itulah jumlah sebenar ahli PKR.

Sebelum ini, Anwar dan juga pimpinan tertinggi PKR sering mewar-warkan bahawa PKR mempunyai seramai hampir 500 ribu ahli seluruh negara. Jika kita bandingkan dengan peratusan keluar mengundi untuk pemilihan parti tersebut, pasti ramai yang berasa ragu-ragu dengan kesahihan kenyataan Anwar dan pimpinan PKR.

Apakah yang menyebabkan ramai ahli PKR tak keluar mengundi jika benarlah ada hampir setengah juta ahli parti tersebut di seluruh negara?

Apakah ia kerana sentimen bencikan penguasaan Anwar-Azmin didalam PKR? Ataupun mungkin ahli-ahli PKR ini tak keluar mengundi sebab sudah tak percaya lagi dengan perjuangan parti itu?

Penulis tertarik dengan kenyataan bekas Setiausaha PKR Selangor Mohd Nazmi Rosli yang mendakwa bahawa Anwar dan PKR telah menipu mengenai jumlah sebenar keahlian PKR.

Mohd Nazmi menjelaskan bahawa pengumuman jumlah keahlian yang ramai hanyalah taktik PKR bagi mempengaruhi pembahagian kerusi diantara Pas dan DAP.

Ini katanya, “Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan Pas supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi”.

“Mempunyai ahli yang ramai merupakan syarat penting rundingan kerusi dalam Pakatan Rakyat, sebab itu PKR terpaksa dakwa mempunyai ahli yang ramai untuk kaburi mata DAP dan Pas supaya parti itu dapat bertanding banyak kerusi”

Kenyataan Mohd Nazmi ini agak logik jika dilihat hingga ke hari ini, hanya 10 – 20 peratus ahli PKR sahaja yang keluar mengundi. Mungkin inilah jumlah sebenar ahli-ahli PKR diseluruh negara.

Bekas Setiausaha PKR ini juga mendedahkan bahawa PKR selama ini mempergunakan Pas khususnya di dalam memperkudakan jentera-jentera parti cap bulan tersebut di pilihanraya-pilihanraya kecil yang membabitkan calon dari PKR.

Ini dapat dilihat di PRK Penanti, Hulu Selangor dan juga Batu Sapi dimana jentera-jentera Pas yang banyak melakukan kerja-kerja luar pilihanraya tersebut.

Kerja memperkudakan jentera dari Pas ini sebenarnya telah bermula sewaktu Pilihanraya Umum yang ke 12 lagi. Menurut Mohd Nazmi, PKR tak akan menang banyak kerusi di PRU tersebut jika tanpa bantuan dari jentera-jentera Pas yang membantu perjalanan kempen mereka.

Tetapi hari ini, kita melihat PKR seolah-olah mahu menjadi “bos” kepada Pas didalam Pakatan Rakyat. Anwar dan juga pemimpin-pemimpin PKR lupa bahawa kemenangan mereka sebenarnya adalah hasil usaha dari kebanyakan ahli-ahli Pas sendiri.

Sepatutnya Anwar tak layak menjadi Ketua Umum PR, sebaliknya jawatan tersebut disandang oleh Hadi selaku Presiden Pas. Inilah perangai tak sedar diri yang ada pada Anwar dan PKR.

Mungkin disebabkan inilah Pas mengadakan seminar untuk menggantikan UMNO selepas PRU akan datang. Jika Pas berpuas hati di dalam Pakatan, mengapa mereka harus ketepikan Pakatan Rakyat didalam perancangan mereka selepas PRU13?

Memang benarlah jika dikatakan bahawa Anwar Ibrahim kini menjadi beban atau liabiliti didalam Pakatan Rakyat. Jika PR hancur selepas PRU13 nanti, ianya tak lain hanyalah kerana Anwar.

Dan kalau Pas selepas ini hilang sokongan bangsa Melayu, ia juga kerana Anwar semata-mata!

Che Wan

Lagi Berita