Bila Raja Petra Belasah Anwar, Patut Sedarkan Penyokong PKR

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menyeru agar penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermuhasabah diri bagi melihat siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebenarnya.

Menurutnya, Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk menikam orang lain dari belakang demi mencapai apa sahaja yang dihajati.

“Oleh itu, saya menyeru kepada pengikut Anwar supaya bermuhasabah diri, renungkan sejarah pemimpin yang ada puja, lihat siapa dia yang sebenar, paling penting jangan menipu diri sendiri bahawa anda tahu Anwar sememangnya manusia licik,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tidakan Raja Petra Kamaruddin membidas Anwar kerana tindakan Anwar yang mengingatkan ahli PKR supaya berhat-hati dengan ‘kuda trojan’ yang dipercaya dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim.

Raja Petra yang selama ini menjadi ‘senjata sulit’ Anwar mendakwa ketua pembangkang itu juga merupakan ‘kuda trojan’ dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Menurut Raja Petra, mengapa kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau sedangkan Anwar juga berbuat demikian sewaktu mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1982.

Perkembangan terbaru dalam kemelut dalaman PKR membuktikan bahawa penubuhan parti itu hanya untuk memenuhi agenda peribadi Anwar yang terlalu ghairah untuk mengejar impian menjadi Perdana Menteri .

Rosnah menjelaskan, bermula dengan tindakan beberapa wakil rakyat PKR keluar meninggalkan parti itu sehinggalah kepada yang terkini dakwaan  Raja Petra Kamarudin bahawa Anwar juga merupakan pengacau dan kuda Trojan dalam UMNO pada satu ketika dulu.

“Ini menjadi bukti yang amat kukuh bahawa PKR hanyalah untuk Anwar dan kroninya, bukan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

“Pendedahan atau kenyataan dari orang yang pernah rapat dengan Anwar terutama Zaid Ibrahim dan Raja Petra patut direnung oleh rakyat. Sekarang adalah masa yang amat sesuai untuk semua pihak melihat siapa Anwar sebenarnya. Saya percaya, lebih banyak pendedahan akan menyusul selepas ini,” ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita