Anwar ‘Penjenayah’ – Rahman Dahlan

KUALA LUMPUR 18 Nov – Perbuatan mereka yang memburuk-burukkan negara boleh dianggap sebagai penjenayah kerana apa yang dilakukan boleh memberi kesan buruk serta boleh menimbulkan tanggapan atau prasangka negatif masyarakat luar terhadap negara ini.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyifatkan tindakan Anwar Ibrahim  itu sebagai satu jenayah kerana bercakap di luar negara hanya untuk memburuk-burukkan Malaysia dan  ini adalah suatu perbuatan yang merbahaya dan boleh disifatkan sebagai penjenayah politik..

“Apa yang dilakukan oleh Anwar itu membuktikan beliau tidak mempunyai sifat cintakan negara, jika benar dia sayangkan negara ini, dia tidak akan memburuk-burukkan negara.

“Apa yang dilakukan oleh Anwar itu membuktikan beliau tidak mempunyai sifat cintakan negara, jika benar dia sayangkan negara ini, dia tidak akan memburuk-burukkan negara.

“Apa yang dilakukan itu hanya untuk mendapat simpati demi untuk kepentingan politik peribadinya, layakkah orang seperti ini memimpin negara kita, apa yang dilakukan itu membuktikan dia sendiri tidak memperakui kejayaan dan pengiktirafan terhadap Malaysia.

“Tindakan Anwar itu sangat merbahaya, sepatutnya sebagai seorang pemimpin  dan mengaku memperjuangkan nasib rakyat, dia seharusnya bersama-sama mempertahan serta menangkis sebarang tohmahan terhadap negara bukannya turut sama memburuk-burukkan negara sendiri, inikah yang dikatakan pemimpin pejuang rakyat,” katanya kepada umno-online.

Baru-baru ini, Anwar ketika ditemu bual oleh Sky News Australia, dia menyatakan bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebuah negara Islam yang moden adalah satu penghinaan.

Berikutan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan kenyataan Anwar itu adalah suatu suara sumbang yang bercanggah dengan pendapat pemimpin dunia yang mengiktiraf serta kagum dengan kejayaan yang dinikmati oleh Malaysia.

Abdul Rahman berkata, sikap yang ditunjukkan oleh Anwar sebagai Ketua Pembangkang sangat berbeza dengan apa ketua pembangkang di negara yang mengamalkan sistem demokrasi kerana mereka tidak memburuk-burukkan negara sendiri apabila berada di luar.

“Kita tengok dengan ketuka pembangkang negara lain , mereka tidak pernah memburuk-burukkan negara mereka sendiri, apa yang diperkatakan hanyalah mengenai perjuangan serta pendirian parti mereka terhadap pentadbiran negara itu, Tidak pernah mereka mengutuk atau menghina negara mereka sendiri.

“Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Anwar itu adalah lebih kepada untuk mendapatkan simpati dengan meminta negara luar memberi tekanan kepada negara ini, itu semua adalah untuk kepentingan peribadinya terutama membabitkan kes mahkamah yang sedang dihadapinya,” katanya.

Menurutnya, apa yang berlaku ini bukanlah pertama kali dilakukan oleh Anwar, sebelum ini dia pernah membuat kenyataan serupa di Amerika Syarikat apabila meminta negara itu campur tangan dalam kes liwat yang sedang dihadapi.

“Anwar kini sudah terdesak, politiknya sudah terumbang-ambing, rakyat sudah sedar dengan tipu helahnya sebab itu dia cuba dapatkan simpati dari luar, dulu di Amerika kini dia ke Australia, lepas ini tak tahu negara mana pula dia cuba dapatkan sokongan,” katanya.

Abdul Rahman menyifatkan perbuatan yang dilakukan oleh Anwar itu membuktikan bahawa dia sudah kehilangan sokongan dan cuba menagih simpati dari orang luar dengan membuat kenyataan negatif terhadap Malaysia.  – MediaUMNO.

Lagi Berita