Anwar Sanggup Hina Malaysia Untuk Alih Perhatian

KUALA LUMPUR 18 Nov – “Itulah Anwar Ibrahim, dia akan membuat apa sahaja demi kepentingan peribadi walaupun menghina negara sendiri, jika ada masalah dia akan keluar negara dan buat sesuatu untuk alihkan tumpuan,” kata Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman.

Hamidah berkata, sudah menjadi kelaziman kepada Anwar akan cuba mengalih perhatian rakyat dengan membuat sesuatu isu sama ada di dalam atau luar negara walaupun apa yang dilakukan itu memberi kesan negatif kepada negara.

“Anwar tidak pernah memikirkan kesan terhadap apa yang dilakukannya, yang penting baginya adalah melunaskan cita-cita serta agenda peribadi termasuk menggunakan media asing untuk mendapat perhatian.

“Tindakan Anwar itu adalah suatu perbuatan seorang pengkhianat yang sanggup memburuk-burukkan negara sendiri untuk kepentingan peribadi, macam mana nak tadbir negara sedangkan masalah parti sendiri (PKR) tidak boleh diselesaikan,” katanya ketika diminta mengulas tindakan Anwar memburukkan Malaysia pada media asing ketika berada di luar negara.

Baru-baru ini, Anwar ketika ditemu bual oleh Sky News Australia, dia menyatakan bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebuah negara Islam yang moden adalah satu penghinaan.

Hamidah berkata, tindakan Anwar itu bagi meredakan tumpuan kepadanya terhadap kemelut yang berlaku dalam pemilihan PKR sehingga menyebabkan calon timbalan presiden parti itu, Datuk Zaid Ibrahim menarik diri kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan pemilihan parti itu yang sedang berjalan sekarang.

“Orang macam ini nak dijadikan pemimpin untuk memimpin negara, masalah parti tak boleh selesai nak bercita-cita tinggi untuk jadi pemimpin nombor satu negara,  tak tahulah apa akan terjadi kepada negara ini, jangan nanti bila ada masalah dia akan keluar negara dan minta bantuan orang luar.

“Rakyat perlu sedar dengan keadaan ini dan harus menolak pemimpin seperti ini yang akan cuba mencari pelbagai alasan atau helah untuk melepaskan diri jika ada masalah yang berlaku terhadapnya,” katanya.

Menurutnya, Anwar sekarang sedang menghadapi pelbagai masalah dan kepercayaan serta sokongan rakyat terhadapnya telah mula terhakis, keadaan bertambah teruk dengan apa yang berlaku dalam PKR ketika ini.

Beliau berkata, apa yang dinyatakan oleh Anwar pada media asing itu adalah pandangan peribadinya yang cemburu dengan kejayaan negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mendapat pengiktirafan pemimpin dunia.

“Anwar ini ibarat seperti orang kecewa, cemburu dan tidak senang dengan kejayaan serta pengiktirafan negara luar terhadap Malaysia, sebab itu pengiktirafan yang diberikan itu pun dianggap sebagai satu penghinaan.

“Biasalah, jika orang yang mempunyai sifat seperti itu dia akan berusaha sedaya upaya untuk mengagalkan kejayaan yang dimiliki oleh orang lain,” katanya. MediaUMNO.

Lagi Berita