Boeing Yakin MBE Rangsang Pakatan Industri M’Sia-AS

KUALA LUMPUR 19 Nov – Boeing yakin dengan Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana model itu mengandungi “bahan yang memandang ke hadapan” yang boleh memberi rangsangan kepada perkongsian perindustrian antara firma Malaysia dan pengeluar pesawat komersil dan pertahanan terbesar dunia itu.

Dennis Muilenburg, Naib Presiden Eksekutif Boeing Company dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Boeing Defense, Space & Security, yang berada di Malaysia awal minggu ini dan menemui Najib di sini berkata syarikat menyasar untuk menjadi rakan kongsi yang sesuai dalam MBE serta terus memanfaatkan perkongsian dengan negara ini untuk jangka panjang.

Muilenburg, yang turut bertemu Perdana Menteri di luar program Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di New York pada September, berkata: “Kami berbincang mengenai perkongsian dan hubungan antara Amerika Syarikat dan Malaysia, yang terus berkembang kukuh.

“Kami melihat Malaysia sebagai kuasa ekonomi di rantau ini. Kepimpinan yang ditunjukkan oleh Malaysia di pentas dunia di bawah Perdana Menteri Najib amat penting dan kami menyokongnya dan begitu juga di peringkat negara dengan negara,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual.

Beliau turut memuji Najib di atas ucapan beliau di PBB di mana beliau menyeru pemimpin dunia supaya memilih kesederhanaan daripada ekstremism dalam usaha menggalakkan keamanan dunia.

“Perdana Menteri jelas sekali memainkan peranan penting dalam melonjakkan kedudukan Malaysia di peringkat dunia. Kami kagum dengan apa yang beliau lakukan di Malaysia. Kami menyokong usaha 1Malaysia dan MBE yang beliau lancarkan, yang memandangkan ke hadapan,”

“Perdana Menteri jelas sekali memainkan peranan penting dalam melonjakkan kedudukan Malaysia di peringkat dunia. Kami kagum dengan apa yang beliau lakukan di Malaysia. Kami menyokong usaha 1Malaysia dan MBE yang beliau lancarkan, yang memandangkan ke hadapan,” katanya.

Semasa ditanya apa yang berlaku semasa perbincangan mereka di New York, Muilenburg berkata mereka berbincang mengenai peluang-peluang program pesawat pejuang Super Hornet boleh dibawa ke Malaysia, memandangkan pesawat pejuang pelbagai peranan itu “mewakili satu cara untuk terus memberi rangsangan perkongsian”, antara negara ini dan Boeing”.

Muilenburg berkata lawatan beliau ke Malaysia adalah untuk mengunjungi pelanggan dan rakan kongsi perindustrian di sini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk menjadi rakan kongsi jangka panjang di rantau ini.

Beliau berkata Malaysia telah menjadi rakan penting Boeing sejak berdekad dalam pesawat komersil dan pertahanan.

“Kami terus memperbaharui dan memanfaatkan hubungan ini memandangkan Boeing serius untuk menjadi rakan jangka panjang,” tegas beliau.

Malaysia memperoleh kumpulan 8 F/A-18D Hornets, yang diserahkan pada lewat 1990an untuk kegunaan Tentera Udara DiRaja Malaysia (RMAF).

“Kami menyasar untuk menyokong usaha ini,” kata Muilenburg, sambil menambah yang Boeing menawarkan pesawat pejuang baharu F/A-18E/F Super Hornet.

Ketika diminta menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata Boeing dan kerajaan Malaysia telah berbincang mengenai pesawat kombat pelbagai peranan di masa depan sebagai tambahan kepada kumpulan pesawat semasa TUDM.

Beliau berkata F/A-18E/F Super Hornet yang telah terbukti sebagai “pesawat penyerang pejuang pelbagai peranan terbaik dunia”, juga menawarkan beberapa kelebihan lain kepada pelanggan seperti menyediakan kebolehoperasian yang maju dengan kumpulan pesawat sedia ada dan menyokong pasukan di darat.

“Kami juga menyediakan penyertaan perindustriaan (dan) jika kami mempunyai rakan industri di Malaysia, seperti Asian Composites Manufacturing Sdn Bhd membekalkan komponen untuk pesawat komersial, kami boleh meninjau rakan kongsi untuk menghasilkan peralatan bagi Super Hornets,” katanya yang membayangkan kepada kemungkinan pengeluaran beberapa komponen pesawat pertahanan dalam negara.

Penyertaan industri Malaysia akan menjadi kelebihan tambahan bagi negara dan unsur utama dalam persamaan perkongsian perindustrian dengan persekitaran MBE, yang akan termasuk melabur dalam bakat, sumber dan kemampuan perindustrian Malaysia, kata Muilenburg.

Lagi Berita