Pemilihan PKR Sahkan Kepimpinan Diktator Anwar, Politik Suku Sakat

KUALA LUMPUR, 22 Nov –  Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berakhir semalam selain mengesahkan kepimpinan diktator Anwar Ibrahim dan politik suku sakat parti itu, kata Mohamad Fairus Khairuddin.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 berkata ini dibuktikan dengan kemenangan besar Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden, Nurul Izzah serta kuncu-kuncu Anwar dalam pemilihan yang jelas begitu cacat dari segenap sudut.

“Suara rakyat, suara akar umbi jelas tidak dihormati dan diketepikan.  Apa yang berlaku mengesahkan apa yang diperkatakan banyak pihak terutama bekas pemimpin kanan PKR sebelum ini termasuk saya sendiri.

“Suara rakyat, suara akar umbi jelas tidak dihormati dan diketepikan. Apa yang berlaku mengesahkan apa yang diperkatakan banyak pihak terutama bekas pemimpin kanan PKR sebelum ini termasuk saya sendiri.

“Perjuangan PKR sekarang bukan perjuangan untuk rakyat, untuk agama, negara tetapi perjuangan sempit peribadi Anwar.   Sebab itu apa jua keputusan PKR hanyalah untuk Anwar dan kuncu-kuncunya bukan suara terbanyak ahli, suara akar umbi”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online di sini, hari ini sebagai mengulas keputusan tidak rasmi PKR yang menyaksikan Azmin Ali bakal dinobatkan sebagai Timbalan Presiden baru PKR serta Nurul Izzah sebagai Naib Presiden paling kanan PKR serta kemenangan kuncu-kuncu Anwar Ibrahim.

Walaupun beberapa protes dan bukti diberikan kata beliau lagi yang memperlihatkan pemilihan PKR cukup kotor dan meragukan di samping pelbagai aksi samseng namun segala permasalahan yang disuarakan diketepikan begitu saja.

“Kita lihat saja protes dari Naib Presiden kanan PKR, Mustaffa Kamil Ayub diketepikan begitu saja walaupun tempoh 48 jam sudah lama berlalu.

“Inilah gaya kepimpinan diktator Anwar dan politik suku sakat PKR.  Yang penting bagi mereka hanya menjayakan agenda peribadi sempit, tak lebih dari itu”, ujarnya.

Mengenai peratusan keluar mengundi yang hanya menyaksikan kurang dari 10 peratus ahli PKR mengundi pula, beliau berkata ini menunjukkan PKR sebenarnya sudah hilang sokongan dan kepercayaan dari ahli mereka sendiri.

“Ahli akar umbi dah meluat dan tolak kepimpinan Anwar. Kita yakin rakyat juga sudah boleh menilai dan tidak lagi terpedaya dengan retorik Anwar dan kuncu-kuncunya yang selama ini berselindung di sebalik topeng  perjuangan untuk rakyat”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita