Pindaan Perlembagaan Bukti BN Inklusif, Tidak Retorik – Pemuda

KUALA LUMPUR 22 Nov – Langkah Barisan Nasional (BN)  meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus dilihat sebagai satu langkah proaktif dalam usaha memperkasakan lagi parti terbabit.

Pengerusi Pemuda BN Kelantan, Anuar Saffian berkata pindaan berkenaan menunjukkan BN  peka terhadap  kehendak politik semasa negara yang menuntut ke arah itu selain memperlihatkan BN adalah sebuah parti inklusif.

Menurut beliau dengan langkah tersebut, mana-mana pertubuhan boleh memainkan peranan tersendiri  bersama-sama  dengan BN dalam usaha memajukan serta meingkatkan lagi pencapaian negara khususnya menjayakan proses transformasi negara.

“Kita percaya langkah ini akan mendapat sambutan daripada NGO seluruh negara kerana rata-rata mereka mahu bersama-sama dengan kita untuk menyalurkan sumbangan dari sudut idea dan pelaksanaan lain yang boleh dilakukan secara bersama.

“Kita percaya langkah ini akan mendapat sambutan daripada NGO seluruh negara kerana rata-rata mereka mahu bersama-sama dengan kita untuk menyalurkan sumbangan dari sudut idea dan pelaksanaan lain yang boleh dilakukan secara bersama.

“Ini adalah satu langkah yang tepat dan Pemuda BN Kelantan amat mengalu-alukan langkah berkenaan dan ianya memberi satu nilai tambah yang kuat kepada kita untuk melaksanakan dasar  yang bermanfaat untuk rakyat,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) Sabtu lalu bersetuju meminda perlembagaannya dengan memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus berkuat kuasa hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan bersejarah itu memperlihatkan usaha BN menjadi parti yang inklusif dan terbuka kepada semua yang berkongsi pada konsep, prinsip dan dasar perjuangan parti pemerintah berkenaan dan selesa dan serasi jika menjadi anggota bersekutu

Dalam perkembangan sama Anuar turut menyentuh Kelab Rakan Muda BN yang merupakan satu platform kepada anak-anak muda yang berumur antara 18 dan 21 tahun untuk menghayati perjuangan parti.

Katanya kewujudan kelab berkenaan bakal memberi ruang kepada kumpulan sasar terbabit untuk mendekati perjuangan BN dengan lebih dekat terutama perjuangan parti berkenaan dalam terjau pemerintahan negara sejak sekian lama.

“BN sebenarnya telah berjasa begitu banyak kepada negara dan rakyat. Justeru adalah sesuatu yang amat merugikan jika anak-anak muda ini  tidak didedahkan dengan perkara berkenaan supaya mereka tahu apa yang sebenarnya.

“Kita tidak libatkan mereka dengan politik cuma pendedahan menegani  sejarah dan jasa serta perjuangan pemimpin BN terdahulu dalam emmajukan serta memakmurkan negara,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Pemuda BN Pahang, Abu Jimi Samad turut mengalu-alukan pindaan berkenaan yang merupakan satu langkah berani pucuk pimpinan parti dalam usaha memberi satu kekuatan baru kepada parti.

Katanya perkembangan tersebut merupakan satu petunjuk dan petanda kepada semua bahawa BN adalah sebuah parti inklusif.

“Perkara itu seiring dengan hasrat Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang mahukan kepimpinan BN meletakkan parti adalah segala-galanya dan inklusif kepada semua dan tidak terhad kepada kumpulan tertentu.

“Jadi pindaan berkenaan amat tepat dan kena pada masanya kerana kita bukan bercakap kosong sebaliknya dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Inilah bezanya kita (BN), dengan parti-parti lain. Kita cakap dan kemudiannya kita buat,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Pemuda BN Perak, Mazlin Sham Razman yang mengulas isu yang sama melihat  pindaan tersebut  merupakan satu proses “meremajakan parti” untuk terus berkhidmat kepada rakyat  tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya proses meremajakan parti oleh pucuk pimpinan itu tidak akan mewujudkan pertembungan sebaliknya memberi kekuatan kepada kedua-dua pihak dalam melaksanakan fungsi masing-masing.

“Sebagai contoh sayap BN dia ada peranan tersendiri dan NGO yang menjadi anggota bersekutu dan sebagianya nanti akan ada fungsi sendiri. Pemahaman saya begitulah. Maknannya tidak akan ada pertembungan antara satu sama lain.

“Maknanya BN menjadi parti yang inklusif dan terbuka kepada semua yang berkongsi pada konsep, prinsip dan dasar perjuangan parti pemerintah berkenaan dan selesa dan serasi jika menjadi anggota bersekutu dan sebagainya,” katanya.

Lagi Berita