Tubuh Makmal Jana Inovasi Belia – Jamawi

TENOM: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tenom menyarankan agar kerajaan negeri dapat menubuhkan Makmal Transforsmai Pembangunan  Belia di  Negeri ini bagi menggalakkan bolongan muda membudayakan inovasi.

Ketuanya, Jamawi Jaafar berkata walaupun di peringkat pusat makmal seperti ini sudah pun ditubuhkan namun terdapat keperluan untuk menubuhkan makmal serupa di negeri ini bagi melakukan kajian mengenai program pembangunan belia yang perlu dilaksanakan untuk dikemukakan kepada kerajaan negeri  untuk diambil tindakan susulan.

“Sesuai dengan bajet kerajaan negeri yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman pada jumaat lepas yang menambahkan peruntukan untuk program belia,  berjumlah RM 210.81 juta adalah wajar makmal ini ditubuhkan bagi mencari satu keadah serta resolusi agar peruntukan tersebut memberikan manafaat sepenuhnya kepada belia di negeri ini sesuai dengan aspirasi serta keperluan mereka” katanya ketika dihubungi di sini pagi kemarin dan diminta mengulas bajet kerajaan negeri yang dibentangkan oleh Musa yang juga Menteri Kewangan di Dewan Undangan Negeri pada petang Jumaat lepas.

Tambah Jawawi yang juga EXCO pergerakan Pemuda Umno Malaysia  antara yang akan mengambil bahagian dalam makmal itu, selain daripada wakil kementerian ,jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan belia,  pemimpin-pemimpin muda belia, yang boleh berbincang dan mengeluarkan pandangan serta  idea mereka  untuk menjana bersama proses tranformasi pembangunan belia di negeri ini.

“Di peringkat Pusat kita sudah ada makmal seperti ini, namun kewajarannya perlu ditubuhkan di peingkat negeri kerana persekitaran, pemikiran serta keperluan kaum belia di negeri ini mungkin berbeza dengan golongan belia di Semenanjung “ tambah Jamawi.

Katanya, makmal Belia ini berperanan sebagai  sumber rujukan kerajaan untuk melaksanakan program pembangunan belia  agar peruntukan yang diberikan oleh kerajaan kepada golongan ini tidak sia-sia dan peruntukan yang ada memberikan manafaat sepenuhnya kepada golongan sasaran.

Sambil mengucapkan terima kasih dan pengharagaan kepada kerajaan Negeri terhadap  bajet yang dianggap menjana pembangunan untuk semua lapisan rakyat ini, Jamawi menambah peruntukan tambahan  hingga mencecah RM 1 Juta di setiap kawasan DUN membolehkan proses pembangunan dipercepatkan khususnya di kawasan luar Bandar di negeri  ini yang masih memerlukan pembelaan dari kerajaan dalam menyediakan pembangunan insfrastruktur untuk kesejahteraan rakyat

Tambah beliau lagi peruntukan sebanyak  RM100 ribu untuk kebajikan juga  diharapkan dapat membantu meringankan beban rakyat khususnya di beberapa buah daerah di negeri ini yang terlibat dengan  banjir yang telah  memusnahkan harta benda disamping menjejaskan sumber pendapatan mereka seharian -MediaUMNO

Lagi Berita