Ahli 400,000 : Sama Ada Menipu Atau Ahli Sudah Meluat Dengan PKR

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Cuma ada dua kemungkinan, sama ada wujud pembohongan jumlah keahlian  Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sememangnya ahli parti itu sudah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka.

Ini kerana dalam pemilihan parti itu yang baru lalu menyaksikan hanya 10 peratus daripada 400,0000 daripada jumlah yang dikatakan anggota parti keluar mengundi.

Hakikatnya dakwaan kononnya PKR mempunyai sehingga 400,000 anggota gagal dibuktikan sama ada menerusi rekod bertulis mahupun pemilihan Majlis Pimpinan Pusat yang berakhir Ahad lalu.

Mengulas perkara tersebut   Anuar Shaari, bekas setiausaha sulit Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata saiz keanggotaan PKR itu amat diragui bahkan sebelum beliau keluar dari parti itu pada Mei 2007, tiada satu rekodpun ditunjukkan bahawa parti itu mempunyai ahli sebanyak itu.

Malah katanya Setiausaha agung dulu, Datuk Salehuddin Hashim tidak pernah menunjukkan rekod jumlah keahlian dan setiausaha sekarang ini, Saifuddin Nasution Ismail gagal membuktikannya.

“Jadi ini amat meragukan. Kalaulah betul ada ahli sebanyak yang dikatakan, buktikanlah. Daripada pemilihan MPP pun, yang mengundi Mohamed Azmin Ali tak sampai lima peratus pun,” katanya di sini, hari ini.

Justeru tambah beliau sekiranya benar anggota PKR sebesar itu, ini bermakna sebahagian besar tidak mengambil bahagian dalam proses pemilihan parti, maka ini dilihat sebagai satu protes secara halus.

Mengenai keputusan pemilihan PKR pula, beliau berkata   segalanya telahpun dicaturkan dan ada juga pemimpin yang mendesak, merayu, meminta dan ada juga yang mengugut supaya calon mereka dimenangkan.

Lagi Berita