Pas Dibidas Peralat Peristiwa Memali

KUALA LUMPUR, 24 Nov – Pas hari ini dibidas kerana memperalat peristiwa Memali yang berlaku pada November 1985  dengan tujuan untuk meraih sokongan rakyat terhadap parti itu tanpa memikirkan kesannya kepada ummah di negara ini.

Bekas Ahli  Jawatankuasa  (AJK) Dewan Ulama’ Pas Pusat, Datuk Ghazali Hj Ahmad berkata tindakan mereka yang memperalat pristiwa berkenaan adalah satu perbuatan yang tidak sepatutnya berlaku kerana ianya merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan kehendak syarak.

Tegas beliau memperalat perkara yang diragui kesahihannya adalah sesuatu yang tidak kena dan tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah parti yang kononnya ditunjangi oleh cendekiawan agama dan tokoh ulama lain yang terbilang.

pas-peralat-tragedi-memali-politik-negara-islam-sempit-taksub-ekstrim-ganas

“Mereka mengatakan mangsa yang terbunuh pada peristiwa hitam itu adalah syahid kerana menentang kerajaan yang dianggap bukan negara Islam sedangkan Majlis fatwa pula mengatakan ianya bukan syahid.

“Apakah benar penentangan daripada Ibrahim Mahmud atau dikenali Ibrahim Libya dan pengikutnya terhadap kerajaan pada waktu itu benar-benar penentangan “Fisabilillah”. Inilah pemimpin Pas yang perlu tahu dan bukannya menjaja peristiwa berkenaan untuk kepentingan politik.

“Malah apa yang lebih menyedihkankan, wujud pula Tabung Memali yang sehingga hari ini tidak tahu ke mana menghilang hasil sumbangan orang ramai. Yang mereka tahu hanya jaja peristiwa Memali dan cuba tonjolkan kezaliman pihak berkuasa,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Pas telah mengadakan Majlis memperingati 25 tahun Memali yang mana majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.

Tabung Memali pula dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya.

Datuk Ghazali seterusnya melahirkan kehairanan dengan tindakan pemimpin Pas yang sanggup memutarbelit dan memanipulasi peristiwa berkenaan semata-mata untuk kepentingan politik sempit.

“Sepatutnya ilmu agama yang ada di dada mereka digunakan untuk pembangunan ummah dan bukannya mencetuskan perbalahan dan syak wasangka berterusan rakyat terhadap kepimpinan negara.

“Inilah masalahnya apabila politik dijadikan “menu” utama dalam perjuangan dan bukannya perpaduan ummah dijadikan teras. Mereka seolah-olah gela gelita dan tidak menggunakan apa yang dianugerahkan oleh Allah untuk manfaat dan kepentingan bersama,” katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita