Kejohanan Futsal 27 November Hargai Petugas Media – Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 25 Nov –Kejohanan  Futsal antara Media 2010 pada Sabtu, 27 November di Sport Planet Sungai Buloh adalah bagi menghargai  petugas-petugas media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Umno 2010, kata Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Pada majlis taklimat dan cabutan undi sempena kejohanan anjuran ibu pejabat Umno, Ab Rauf berharap, kejohanan futsal ini jugaakan dapat mengeratkan sillahturrahim antara media.

futsal media-SUK UMNO“Media banyak membantu Umno. Ia menjadi nadi penggerak memperkenalkan Umno. Selain futsal, beberapa acara lain akan turut diadakan sebelum Malam Penghargaan Media Massa,” ujar beliau.

Ab Rauf juga meminta para perwakilan media bersedia dengan acara mencari harta karun yang akan diadakan kelak.

“Apabila tarikh malam media telah ditetapkan, siangnya kita akan mengadakan pertandingan mencari harta karun. Jadi bersiap sedialah,” jelas beliau selanjutnya.

Kejohanan futsal  ini terbahagi kepada dua kategori iaitu lelaki dan wanita.

Kategori lelaki terdiri daripada empat kumpulan manakala wanita dua kumpulan.

Agensi agensi yang bakal turut serta di dalam kejohanan ini adalah Berita Harian, Astro, Kosmo, RTM, Sinar Harian, Media Umno, TV3, TV9, NTV7, Bernama, Utusan, Harian Metro, Mstar, Puteri Umno, Badan Kebajikan ibu Pejabat Umno dan juga Pemuda Umno.

Hadiah bagi tempat pertama adalah wang tunai berjumlah RM3,000, tempat kedua RM2,000, tempat ketiga RM1,000 dan tempat ke empat RM500.

Lagi Berita