Pas Berdepan Krisis Keyakinan Serius Bahana PKR, DAP

KUALA LUMPUR, 25 Nov – Pas hari ini sebenarnya  berhadapan dengan krisis kepimpinan yang serius antara mereka  menyebabkan mereka berada dalam situasi kelam-kabut ekoran perbezaan pendapat di kalangan pemimpinnya berhubung hubungan di dalam pakatan pembangkang

Timbalan Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO, Ahmad Fuad Sarbini berkata pertelagahan  yang melanda PKR dan politik perkauman yang menunjangi DAP menyebabkan  terdapat beberapa pemimpin dan penyokongnya di akar umbi berkenaan mula merungut kerana dikhuatiri akan merosakkan masa depan parti berkenaan.

Justeru beliau tidak menolak kemungkinan perkara itu akan menyebabkan akan berlakunya perselisihan pendapat di kalangan sekaligus membentuk “bom jangka” yang akan meletup pada bila-bila masa.

“Perkara ini tidak mustahil akan berlaku. Mereka semestinya khuatir dan bimbang kemelut  PKR dengan pelbagai krisis yang melanda pemilihan mereka dan politik perkauman di dalam DAP  sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Pas.

“Ideologi yang berbeza antara ketiga-tiga parti berkenaan akan memberi lebih “perencah“ kepada perselsihan dan keraguan penyokong dan beberapa pemimpin mereka hari ini. Percayalah….kebimbangan ini sebenarnya tercetus dan mereka hanya menutup perkara itu untuk sementara waktu.

“Namun bak kata pepatah, bangkai gajah, kalau ditutup dengan daun, lama-kelamaan akan berbau juga. Inilah perumpamaan yang tepat untuk Pas hari ini. Tunggulah dalam masa terdekat  dan ini merupakan satu perkembangan menarik,“ katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Sri Gading seterusnya menambah, sikap curiga juga timbul di kalangan dua lagi sekutu Pas iaitu DAP dan PKR.

Ini kerana katanya kedua-dua parti berkenaan sudah pasti tidak mahu Pas menjadi tunjang sekiranya mimpi mereka untuk menguasai Putarajaya menjadi realiti.

“Mereka sebenarnya saling curiga mencurigai antara satu sama lain. Cuma apa yang terserlah hari ini adalah Pas kerana mereka menyedari kekuatan jenteranya di akar umbi dan sebagainya cukup kuat, namun tidak diberikan peranan sepatutnya hari ini.

“Kalau Pas tidak curiga takkan mereka boleh tubuhkan Kelab Penyokong Pas dan membenarkan calon bukan Islam mewakili parti berkenaan pada pilihan raya umum nanti”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita