Pas Umpama Lembu Dicucuk Hidung, Budak Suruhan DAP & PKR

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pas hari ini umpama “lembu dicucuk hidung” kerana tidak mampu menyatakan pandangan  dan hanya sekadar menjadi “budak suruhan” kepada rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Megat Zulkarnain Datuk Omardin berkata lidah pemimpin Pas yang dilihat cukup lantang dan berapi-rapi rupa-rupanya sekadar di atas pentas sahaja dan bukannya untuk membela nasib Melayu dan umat Islam di negara ini.

Menurut beliau perkara itu dapat dilihat di Pulau Pinang yang mana mereka langsung tidak mempedulikan segala tindak-tanduk kerajaan negeri pimpinan sekutunya DAP yang begitu rakus meroboh gerai-gerai Melayu dan penempatan penduduk setempat di beberapa kawasan di negeri berkenaan.

Menurut beliau perkara itu dapat dilihat di Pulau Pinang yang mana mereka langsung tidak mempedulikan segala tindak-tanduk kerajaan negeri pimpinan sekutunya DAP yang begitu rakus meroboh gerai-gerai Melayu dan penempatan penduduk setempat di beberapa kawasan di negeri berkenaan.

“Kenapa mereka hanya lantang dan berani mengutuk serta mencerca pemimpin BN sedangkan apa yang dilakukan oleh sekutu mereka lagi teruk. Teguran langsung tidak berbunyi, malah sebarang demonstrasi pun tidak pernah di adakan bagi menunjukkan bantahan terhadap apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Apakah ini kita boleh anggap Pas sebagai sebuah parti yang membela nasib rakyat. Jika mereka berpegang kepada prinsip ini, peristiwa seumpama itu tidak akan berlaku dan tidak akan berlaku kekecohan di negeri tersebut,” katanya.

Rata-rata melihat  Pas hari ini tidak mampu bersuara sebaliknya sekadar menjadi “budak suruhan” kepada sekutunya DAP dan PKR.

Perkara itu timbul setelah pemimpinya mengambil sikap berdiam diri berhubung tindak tanduk kepimpinan kerajaan DAP Pulau Pinang dan hanya mengangkat kepada apabila timbul isu yang memabbitkan BN.

Megat yang juga Ketua Pemuda Gombak seterusnya berkata retorik perjuangan Pas semakin hari semakin terserlah dan seandainya pucuk pimpinan mereka tidak mengambil langkah drastik, tidak mustahil perpecahan bakal melanda parti berkenaan.

Menurut beliau prinsip perjuangan mereka yang semakin menyimpang daripada apa yang dilaungkan sebelum ini menyebabkan Pas mula dipandang serong oleh sesetengah penyokongnya di akar umbi.

“Kita cukup hairan…Pas kononnya meletakkan Islam sebagai prinsip perjuangan, namun berdasarkan tindak-tanduknya, kita tidak nampak wujudnya prinsip berkenaan di hati sanubari pemimpin mereka.

“Bukankah Islam itu adalah adil kepada semua. Namun cuba kita tengok apakah pendirian Pas terhadap segala malapetaka yang berlaku terhadap penduduk Melayu dan kaum lain di Pulau Pinang. Rumah dirobohkan, kedai makan yang merupakan tempat mencari rezeki dilupuskan.

“Adilkan namanya ini. Justeru kepada pimpinan Pas, bermuhasabahlah dan jangan terikut-ikut dnegan beberapa kerat pemimpin mereka yang cukup taksub dengan Anwar yang mempunyai agenda peribadi selain  DAP yang mempunyai agenda tersendiri,” katanya.

Lagi Berita