Anwar Anugerah Untuk Azizah, Malapetaka Bagi Rakyat – Pemuda

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Pemuda UMNO melihat  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah  anugerah Allah untuk isterinya Datin Seri Wan Azizah serta  parti pembangkang dan untuk rakyat negara ini  ianya merupakan satu malapetaka.

Exconya, Mohd Suffian Awang berkata sikap dan tindak tanduk Anwar yang sanggup menjadi petualang kepada bangsa dan negara sendiri merupakan satu “bom jangka” yang dikhuatiri boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat kepada negara.

Menurut  beliau asas apakah yang digunapakai oleh Azizah yang sanggup mengatakan suaminya itu merupakan anugerah Allah kepada seluruh rakyat Malaysia sedangkan tindak tanduknya menimbulkan seribu satu persoalan.

“Itu belum lagi diambil kira pelbagai kemelut dan masalah peribadi yang melanda diri beliau termasuk isu liwat dan sebagainya.

“Janji Anwar kepada Penasihat DAP ini memperlihatkan sikap Anwar sebenarnya terhadap Pas. Dia (Anwar) mungkin lupa PKR bergantung kekuatan pada Pas.

“Soal cakap lain dan buat lain merupakan satu lagi perkara yang menghantui Ketua Umum PKR itu. Jadi kita tidak nampak beliau merupakan anugerah Allah untuk rakyat. Kalau malapetaka itu ada iras-iras.

“Jadi kepada Wan Azizah, renungkan kembali kenyataan yang dibuat itu.  Mungkin Azizah pun terkeliru dengan kenyataan yang dibuat itu,,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Wan Azizah yang menyifatkan suaminya ‘anugerah Tuhan’ bagi memimpin rakyat negara ini ketika menyampaikan ucapan dasar bagi merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya Sabtu.

Menurut Dr. Wan Azizah, suaminya yang juga Penasihat PKR ialah seorang insan hebat yang bersifat amanah, tegas serta berani dan kewibawaannya terserlah sejak zaman remaja lagi.

Suffian yang juga Ketua Pemuda Kuantan seterusnya menambah, apa jasa Anwar kepada negara dan rakyat sehingga beliau diberikan penghargaan sedemikian rupa.

Kata beliau lagi, Azizah mungkin terperangkap dengan situasi sehingga memaksa beliau mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan seribu satu persoalan itu.

“Bak kata pepatah, ditelan mati anak, diluah mati bapak…Mungkin itulah perumpamaan tepat yang kita boleh gambarkan situasi Azizah hari ini. Yelah..di sebelah kanan adalah suami manakala di sebelah kiri adalah parti. Dua-dua sama penting.

“Dalam parti beliaulah peneraju dan dalam rumahtangga, Anwar adalah peneraju. Takkan beliau nak memburukkan suaminya sendiri. Sudah pasti pujian melangit akan diberikan sungguh pun pada hakikat ianya adalah sebaliknya,” katanya.

Lagi Berita