BAPAK Bukan Macam ANAK Kejar Publisiti Murahan

KUALA LUMPUR, 29 Nov – “Baru lapan hari kita sudah terima 638 aduan.  Dari jumlah tersebut 570 berkaitan Felda dan hampir separuh daripadanya adalah berkenaan permohonan pinjaman untuk membesarkan rumah.

“Kita sudah belanja lebih kurang RM600 juta untuk pinjaman tanpa riba ini.  Nampaknya mereka begitu berminat untuk mendapatkan permohonan ini”.

Demikian menurut kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Sebelum ini beliau menerima 20 aduan daripada Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang disampaikan pengerusinya, Mazlan Aliman di lobi parlimen.

Jelas beliau lagi berbanding 20 kes yang diserahkan ANAK, sejumlah 638 aduan diterima Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) walaupun biro ini baru lapan hari dilancarkan.

“Daripada 20 kes yang diserahkan ANAK ini, 15 daripadanya adalah berkaitan hal individu.  Kita ada lebih kurang dua juta peneroka termasuk generasi peneroka.

“Jadi kita nak tegaskan di sini BAPAK bukan kejar publisiti murahan.  Kita berperanan untuk menyelasikan masalah peneroka”, ujarnya.

Beliau turut menjelaskan BAPAK adalah sebuah biro yang ditubuh di bawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.

Tambahnya BAPAK yang berperanan untuk meneliti dan menyelesaikan masalah peneroka dianggotai lima daripada Felda dan lima lagi dari GWGF. -MediaUMNO

Lagi Berita