Ketuanan Rakyat Atau Ketuanan Anwar?

Dalam nak menunjukkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai sebuah parti berbilang bangsa, Presiden PKR, Wan Azizah dalam ucapan perasmian Kongress Nasional PKR ke 7 semalam menggesa agar ketuanan Melayu dihapuskan dan digantikan dengan ketuanan rakyat.

Ketuanan rakyat ini bukanlah satu isu baru, ia isu lama dan telah digunakan Anwar sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan lagi.  Malah Anwar dalam ucapan penutupnya juga bercakap tentang menghapuskan Ketuanan Melayu yang mana dia dahulu antara pendukung yang paling tegar.

Orang yang lama dalam UMNO ketika itu pun tak setegar Anwar dalam mempertahankan Ketuanan Melayu demi menjaga perasaan kaum lain.

Ketuanan Melayu yang kita semua faham ialah merujuk kepada Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan  insitusi beraja yang mana tiada bangsa lain boleh menjadi raja atau sultan melainkan yang terdiri daripada berdarah raja berketurunan Melayu.

Bila Wan Azizah minta dihapuskan Ketuanan Melayu ini adakah ia bermaksud menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan institusi beraja?  Ini sesuatu yang perlu pihak-pihak berkuasa tengok dan kaji jika ada unsur-unsur hasutan.

Balik pada isu ketuanan rakyat tadi.  Jika Pas berselindung di sebalik retorik mengenai Islam (hudud, negara Islam), Wan Azizah pula menggunakan pendekatan yang sama, tinggal lagi berselindung di sebalik rakyat.

Pendek kata, kalau sesiapa cuba menyanggah gaya kepimpinan dalam PKR maka si polan itu akan dituduh sebagai cuba menafikan hak rakyat.

Sebenarnya apa yang ‘ketuanan rakyat’ sangat dalam PKR kalau semua benda pun ditentukan Anwar, malah Azizah sebagai Presiden PKR pun tidak berperanan sebagai mana presiden parti politik yang lain.  Kedudukkan Anwar bukannya ditentukan oleh ahli sebaliknya oleh dirinya sendiri, jadi apa yang hebat pasal ketuanan rakyat yang cuba diperjuangkan Azizah?

Tambah mengejutkan lagi, jawatan Anwar tidak disebut dalam perlembagaan PKR!!!  Ini bukan kita cakap tapi oleh ketua wanitanya sendiri, Zuraida ‘komodo’ Kamarudin yang menggesa supaya jawatan Ketua Umum itu dirasmikan dalam perlembagaan.

Cuma hari ini sahaja Zuraida mengendurkan gesaannya itu dan menyalahkan media kerana ‘menyibuk’.  Yang dia boleh masuk sampai celah apa kain orang, bila media sebut tentang gesaannya, dia kata menyibuk pula.

Itu baru bercakap tentang jawatan Anwar, lihat pula barisan kepimpinan PKR.  Organisasi dalam PKR penuh dengan orang-orang yang diketahui mempunyai hubungan kekeluargaan dan teman rapat kepada Ketua Umum.

Keputusan pemilihan PKR 2010 (yang ditentukan kurang 10% daripada 400,000 ahli PKR) menyaksikan Azmin sebagai Timbalan Presiden dan Nurul Izzah sebagai Naib Presiden dengan undi tertinggi.

Tien Chua seorang lagi Naib Presiden PKR juga diketahui mempunyai hubungan panjang dengan Anwar, begitu juga dengan Fuziah Salleh.  Jadi di mana ‘rakyat’ nak diletakkan?

Jadi kita beranggapan ketuanan rakyat yang disebutkan Azizah dan Anwar hanyalah satu retorik semata-mata, cakap sebelum nak dapat lah katakan, bila dah dapat habuk pun tiada.

Dalam PKR, Anwarlah yang menjadi tuan.  Buktinya, Anwar seperti diktator dalam partinya, menentukkan siapa yang patut dan tidak memegang jawatan-jawatan penting parti.  Dengan sedemikian rupa amalannya, tiada ketuanan rakyat, yang ada hanya ketuanan Anwar.

Penulis menyeru agar rakyat tidak terpedaya dengan dakyah Anwar.  Anwar seperti ”chameleon” yang boleh berubah warna mengikut keadaan dan kesesuaian.

Adamyan

Lagi Berita