Kit Siang Sebagai TPM, Anwar Perlekeh Pas

KUALA LUMPUR, 29 Nov – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan janji Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menguasai Putrajaya sebagai meremeh dan merendahkan peranan Pas dalam pakatan.

Tegasnya PKR sepatutnya sedar tanpa Pas parti itu tidak mampu mendapat sokongan orang Melayu apatah lagi menggerakkan jentera ketika berkempen pada pilihanraya.

“Janji Anwar kepada Penasihat DAP ini memperlihatkan sikap Anwar sebenarnya terhadap Pas.  Dia (Anwar) mungkin lupa PKR bergantung kekuatan pada Pas.

“Janji Anwar kepada Penasihat DAP ini memperlihatkan sikap Anwar sebenarnya terhadap Pas. Dia (Anwar) mungkin lupa PKR bergantung kekuatan pada Pas.

“Mana ahli PKR….yang ada hanya dongengan kononnya ada 400,000 ahli. PKR tak mampu dapat sokongan orang Melayu tanpa bantuan jentera Pas.  Apakah sumbangan Pas tidak dihargai.  Itu belum lagi janji Anwar kepada rakyat Sabah dan Sarawak”, katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengangkat Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Janji itu dilafazkan oleh Anwar dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seterusnya berkata Anwar sanggup melakukan apa jua janji asalkan cita-cita peribadinya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

“Rakyat takkan lupa janji Anwar dalam Misi 16 September….. inilah Anwar.  Semua dia janji, semua dia nak bagi jawatan… depan orang Cina lain, India lain, Kadazan lain, Pas lain, DAP lain… macam-macam.

“Tapi kita nak ingatkan juga sebelum nak lantik siapa-siapa, dia kena menang pilihanraya dulu dan kita Barisan Nasional akan pertahankan Putrajaya habis-habisan”, ujarnya.

Hakikatnya janji terbaru Anwar kepada DAP ini mengesahkan beberapa pendedahan bekas pemimpin PKR sebelum ini yang menyifatkan Anwar sebenarnya bersikap talam dua muka terhadap Pas.

Bekas pemimpin PKR, Mohd Fairus Khairuddin ketika menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dahulu mendedahkan Anwar pernah menyatakan agar tidak perlu diberikan kuasa yang banyak kepada Pas kerana parti itu akan membolot kuasa berkenaan.

“Anwar sendiri dalam satu pertemuan tertutup pernah menyebut agar Pas tidak diberikan kuasa yang banyak di Pulau Pinang”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita