Guan Eng Sila Tunjukkan Bukti Jangan Banyak Temberang!

KUALA LUMPUR 30 Nov – Ketua Menteri  Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu membuktikan dakwaannya secara telus dan tidak hanya bercakap kosong tanpa sebarang bukti berhubung pemberian kontrak kerja terhadap kontraktor Melayu di negeri itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Zabariah Wahab berkata jika benar Guan Eng telus dalam apa yang dinyatakan itu, dia perlu memberi bukti kerana apa yang dikatakan itu sudah banyak kali diperkatakan tetapi sehingga kini keikhlasannya mengenai perkara itu masih menjadi tanda tanya mengenai kebenarannya.

“Jika betul apa yang diperkatakan itu, tunjukkan bukti jangan hanya pandai buat kenyataan sahaja, jika benar 70 peratus projek kerajaan negeri berjaya diperoleh oleh kontraktor Melayu, dia perlu jelaskan berapa nilai kerja yang telah diberi.”

“Jika betul apa yang diperkatakan itu, tunjukkan bukti jangan hanya pandai buat kenyataan sahaja, jika benar 70 peratus projek kerajaan negeri berjaya diperoleh oleh kontraktor Melayu, dia perlu jelaskan berapa nilai kerja yang telah diberi.

“Semua orang boleh cakap, ini semua cakap politik, jika kerajaan kepimpinannya mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus, dia tidak perlu menyembunyikan perkara sebenar, kita nak tahu betul berapa nilainya dan berapa kontraktor yang terbabit dengan tender yang kononnya dilakukan secara terbuka,” katanya kepada umno-online.

Kelmarin Guan Eng  dalam sdiang medianya menyatakan bahawa sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, lebih 70 peratus projek kontrak kerajaan negeri berjaya dimenangi oleh kontraktor Melayu tanpa memerlukan kabel politik.

Guan Eng berkata pemberian kontrak projek kerajaan negeri dilakukan secara terbuka tanpa memerlukan `kabel politik’ untuk mendapatkan kerja yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dan lebih telus.

Zabariah yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang menyifatkan apa yang dikatakan oleh Guan Eng itu lebih berunsur politik bagi menutup kelemahan pentadbirannya berikutan rungutan daripada kontraktor Melayu Pulau Pinang bahawa sejak Pulau Pinang diperintah pakatan pembangkang mereka sukar untuk mendapat kerja berbanding sebelum ini.

“Jika benar apa yang dikatakan itu, pasti tiada rungutan daripada mereka, tetapi sejak kebelakangan ini banyak rungutan yang kita dengar, ramai kontraktor menghadapi masalah kerana tiada kerja yang diperoleh.

“Yang penting dalam perkara ini adalah jumlah nilai kerja, dia boleh cakap 70 peratus, tapi kalau 70 peratus dari RM100 ribu, jumlahnya baru RM70 ribu, berapa ramai kontraktor yang boleh dapat kerja dari  jumlah itu,” katanya.

Menurutnya, sejak pakatan pembangkang memerintah Pulau Pinang, banyak permasalahan yang berlaku di negeri itu, bukan sahaja membabitkan kontraktor tetapi turut membabitkan rakyat berikutan sikap diskriminasi kerajaan negeri.

Beliau berkata, banyak  tindakan yang dilakukan oleh kerajaan negeri hanya tertumpu pada sesuatu kaum sedangkan kaum lain tidak dikenakan tindakan walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama dan di kawasan yang sama.

Lagi Berita