Kit Siang TPM: Siapa Penipu, Anwar, Hadi Atau Dua-Dua Memang Raja Putar?

KUALA LUMPUR, 30 Nov –  “Sukar nak tentukan siapa yang penipu dan siapa yang pembohong… yang pasti kedua-dua pemimpin ini menggunakan jalan yang sama untuk mengejar kuasa dan mencari kepentingan jemaah dan puak mereka sendiri”.

Demikian menurut bekas Ahli Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berhubung kenyataan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai perlantikan  Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang pilihanraya umum akan datang.

Dalam wawancara dengan akhbar Sin Chew Daily yang disiarkan pada 26 November lalu bersempena dengan Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh, Anwar Ibrahim dilaporkan melafazkan janji untuk mengangkat Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Namun hari ini Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang menegaskan pakatan pembangkang tidak pernah berbincang mengenai perkara itu dan menganggap janji Anwar itu sebagai pandangan peribadi Anwar sendiri.

“Bagi saya ini tabiat orang politik yang terlalu nak mengejar kuasa. Kelakuan dan tabiat seperti ini yang bertopeng jubah, kopiah, serba serta slogan kononnya perjuang rakyat tak boleh didengar dan dipercayai”

“Bagi saya ini tabiat orang politik yang terlalu nak mengejar kuasa. Kelakuan dan tabiat seperti ini yang bertopeng jubah, kopiah, serba serta slogan kononnya perjuang rakyat tak boleh didengar dan dipercayai”, kata Prof. Madya Mohd. Noor Deris.

Tegasnya orang seperti Anwar sanggup melakukan apa saja untuk mencapai agenda peribadinya seperti yang sering dilakukan sebelum ini.

“Dia (Anwar) banyak sangat dah putar belit sebelum ini.  Macam-macam janji… yang paling besar misi 16 September dulu yang dia kata kononnya berjaya rampas Putrajaya.

“Manakala Hadi pula umpama tindak tanduk pemimpin Yahudi dan Nasrani masa zaman Rasulullah s.aw yang mana pergerakan politik mereka memperalatkan agama untuk kepentingan peribadi”, ujarnya.

Justeru beliau menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada Anwar yang penipu atau Hadi yang pembohong. -MediaUMNO

Lagi Berita