Berapa Ramai Pemimpin DAP Berjaya Pas Islamkan?

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Bekas Ahli Dewan Ulama Pas, Datuk Ghazali Hj Ahmad menyifatkan Pas bukan sahaja  gagal dalam dakwahnya terhadap masyarakat bukan Islam di negara ini, malah memburukkan lagi keadaan apabila makin ramai bukan Islam mempersendakan ayat-ayat suci al-Quran.

Menurut beliau perkara itu terbukti apabila pemimpin-pemimpin bukan Islam di dalam pakatan pembangkang sewenang-wenangnya mentafsir ayat-ayat suci al-Quran dengan tunggang langgang dan tidak menepati maksud yang sebenar.

“Kalau benar dan betul dakwah mereka berjaya, saya percaya pemimpin bukan Islam sudah lama masuk Islam. Paling kurang pun Lim Guan Eng. Bukankah Ketua Menteri Pulau Pinang itu menjadikan khalifah Islam,  Umar Abdul Aziz sebagai idola dalam pentadbirannya.

“Begitu juga dengan pemimpin pembangkang bukan Islam lain yang kita dengar penyokong Pas begitu berbangga apabila mereka membacakan ayat-ayat suci al-Quran walaupun tunggang langgang dengan maksud yang disampaikan.

“Bagaimana pula dengan kenyataan Pengerusi Karpal Singh sebelum  ini yang pernah menyebut langkah mayat beliau dahulu jika ingin menubuhkan negara Islam. Apakah Karpal sudah menarik balik kata-kata berkenaan.

“Apakah Pas gagal tarbiyyah Karpal kerana saya merasakan sehingga hari ini Pengerusi DAP itu cukup konsisten manakala Pas pula yang terkapai-kapai dalam mempertahankan prinsip perjuangannya,” katanya.

Beliau diminta mengulas tindakan pemimpin politik bukan Islam di kalangan parti pembangkang yang sewenang-wenangnya menggunakan makna atau tafsir ayat suci al-Quran dalam ceramah politik mereka sehingga terkeluar daripada konteks sebenar.

Perkara itu juga berlaku semasa perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K. Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan parti itu di Petaling Jaya kelmarin apabila dia membacakan tafsir daripada ayat 190 dan 191 Surah Ali-Imran.

Dan hari ini, Mursyidul Am Pas, merangkap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berharap kecenderungan pemimpin dan masyarakat bukan Islam negara ini membaca atau memetik ayat al-Quran, akan mendorong hati mereka menerima Islam sebagai pegangan hidup.

Datuk Ghazali seterusnya menegaskan siapa tarbiyyah siapa antara Pas dengan sekutunya di dalam parti pembangkang khususnya  dengan DAP menimbulkan seribu satu persoalan memandangkan DAP begitu lantang menolak negara Islam, manakala Pas pula dilihat tidak berani untuk berpegang kepada prinsip perjuangannya.

“Kalau nak kata DAP berjaya tarbiyyah Pas pun terpulanglah kepada penilaian masing-masing. Bagi saya Pas sebenarnya gagal dalam menyampaikan dakwahnya kepada bukan Islam  terutama kepada DAP malah lebih buruk lagi Pas telah menggalakkan lagi pemimpin bukan Islam mempersendakan al-Quran,” katanya.

Tegas beliau, bukan Islam dilarang sama sekali membaca atau mentafsir ayat-ayat suci al-Quran kerana dikhuatiri menimbulkan fitnah.

“Contoh terdekat adalah hari ini apabila kita sesama Islam bergaduh tentang perkara berkenaan sedangkan ianya jelas perkara itu dilarang. Bukankah kalau bab fitnah itu kita perlu elak daripada awal untuk mengelakkan ianya menimbulkan kesan yang mendalam.”

“Contoh terdekat adalah hari ini apabila kita sesama Islam bergaduh tentang perkara berkenaan sedangkan ianya jelas perkara itu dilarang. Bukankah kalau bab fitnah itu kita perlu elak daripada awal untuk mengelakkan ianya menimbulkan kesan yang mendalam.

“Dalam soal ini juga, contoh terdekat adalah tukang kayu kemahirannya sudah pasti adalah di dalam bidang tersebut. Boleh atau tidak kita minta dia buat apa yang tukang besi buat. Sudah tentu tidak boleh. Kalau boleh pun mungkin tidak sempurna dan cacat. Inilah yang kita tidak mahu,” katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita