Rukun Tetangga Jayakan Gagasan 1Malaysia

KOTA BELUD : Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara perlu memainkan peranan penting bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia.

Penasihat Sains Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said  berkata,  sesuai dengan kedudukan strategik KRT di peringkat akar umbi boleh membantu mencapai matlamat tersebut.

Beliau berkata, semangat muhibah dan serta kerja sama di kalangan masyarakat berbilang kaum merupakan tunjang kekuatan negara dan ia perlu terus dipertahankan.

“Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak kita semua untuk bersama-sama bersatu padu di bawah perlembagaan negara,” katanya semasa berucap bangunan Pusat Rukun Tetangga Kampung Lingkodon dekat sini pagi kemarin

Turut hadir ialah Pegawai Perpaduan Negara dan Intergerasi Nasional Daerah Kota Belud Mohd Bisi Jimit serta pemimpin masyarakat tempatan

Menurut Salleh yang juga  Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah,  bagi menjayakan peranan tersebut setiap KRT yang ada di negeri ini perlu aktif melaksanakan pelbagai program yang  menjadi landasan bagi menjalin hubungan serta semangat kerjasama di kalangan kelompok masyarakat  di kawasan masing-masing

“ Kita tidak mahu KRT hanya pada nama sahaja namun pengwujudannya tanpa sebarang aktiviti yang dilaksanakan menjadikan  hasrat sebenarnya kerajaan mengwujudkan KRT di setiap kampong gagal mencapai matlamatnya.

Sambil melahirkan kewujudan bangunan  KRT di kampong tersebut sebagai pusat komuniti masyarakat setenpat Salleh juga berharap kepimpinan KRT di kawasan tersebut perlu memberikan penekanan terhada[ usaha mengukuhkan keadilan social disamping mentemarkan penerapan nilai nilai murni di kalangan masyarakat melalui program yang diadakan

Penekanan juga sewajarnya diberikan bagi mengukuhkan keadilan sosial di samping menyemarakkan lagi penerapan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita