Azizan Si MB Kedah Asyik Tak Tahu!!!

Ekoran akhbar Sin Chew Jit Poh melaporkan kesediaan Anwar Ibrahim menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri, ia telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.

Orang Cina pasti suka dan kebanyakkan orang Melayu kurang suka kerana DAP yang akan dapat jawatan itu.

Reaksi PAS yang lebih besar, berpengaruh dan kuat jentera ingin ditahu masyarakat. Wartawan pun menyerbu satu majlis yang dihadiri oleh tiga pemimpin al ulamak PAS – Nik Aziz, Hadi dan Azizan.

Sesampai saja Hadi, mereka bertanya. Hadi berkata, “Kami tidak ada bincang perkara ini di mesyuarat Pakatan Rakyat.”

Bunyi macam tak suka.

Wartawan pun tunggu Nik Aziz sampai. Nik Aziz lebih licik dan cekap permainan politik. Sampai saja di tanya.

“Saya sedia menerima Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri. Ia tidak bercanggah dengan dasar Islam dan negara,” Nik Aziz menjawab.

Langsung sepanjang Majlis, Nik Aziz dan Hadi kelihatan bermasam muka.

Oleh sebab Azizan ada disitu, wartawan turut nak tahu pandangan pihak lain dalam PAS, lalu mereka tanya dia lepas Majlis.

Azizan jawab dengan spontan, “Saya tidak tahu menahu dalam hal ini …. Ini urusan kerajaan persekutuan.”

Hai! Mereka bukan tanya pasal bantuan untuk banjir la… !!!

the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com

Lagi Berita