Harapan Baru Jadi Harapan Haru Biru Untuk Malaysia

Kenyataan-kenyataan ala penderhaka kepada bangsa dan tanah air yang dihamburkan oleh Anwar dan sekutunya sejak akhir-akhir ini hanyalah semata-mata di atas percaturan politik PKR untuk mempertahankan baki sokongan yang masih ada.

Kenyataan provokasi ini, khas ditujukan kepada umat Melayu. Ia bertujuan untuk mengembalikan dan mempertahankan sokongan kaum Cina dan India terhadap parti mereka yang semakin hampir hilang kepercayaan.

Mahu tidak mahu sentiment dan provokasi berbau perkauman terpaksa dilaungkan kembali.

Banyak benafaat yang mereka congak boleh didapati hasil dari mainan sentiment dan provokasi kaum ini. Antaranya, merekadapat mengalih isu keributan dan keharu biruan peringkat dalaman parti.

Kedua, kes liwat yang sedang memasuki fasa pertengahan yang bakal membongkar bukti-bukti yang sukar dipatahkan, sekurang-kurangnya akan dapat mengalihkan fokus rakyat.

Sentimen dan provokasi kaum yang dimainkan ini khas untuk peraturan untuk mendapat sokongan politik kaum Cina dan India.

Terbaru Anwar apikan pula sentiment semua etnik dengan membuat kenyataan kenapa mengapa harus dinafikan hak Cina, India, Kadazan atau Iban untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Tengoklah perangai dia! Bukankah ini hanya semata-mata untuk mengapi-apikan ketenteraman dan persefahaman kaum yang sedia wujud? Elok-elok orang India tidak ada hasrat atau menuntut jawatan TPM tiba-tiba Anwar membuat provokasi membangkit nafsu dan selera mereka untuk menuntut jawatan TPM.

Kalau ikut kefahaman Anwar daris egi hak maka di Malaysia perlu lebih 30 jawatan TPM kerana di Sabah saja ada 23 etnik yang wujud.

Hari ini timbul pula hujah mempertahankan pendiriannya untuk memerangi ketuanan Melayu. Dia hanya berhujah menerangkan maksud tuan dan hamba mengikut apa yang diterjemahkan oleh kamus Dewan Bahasa.

Kita bercakap soal ketuanan Melayu dari segi kedaulatan dan hak-hak istimewa yang telah dimaktubkan dan turut dipersetjui oleh penjajah British. Dia alih pulak kepada makna tuan dan hamba. Tuan hanya untuk Sultan negeri-negeri dan Yamtuan Negeri Sembilan. Tengoklah macam mana dia cuba memperbodohkan minda rakyat dengan tafsiran yang cukup dangkal.

Sebelum ini Anwar lakukan provokasi peringkat internasional di Indonesia dan Australia.Tujuannya ialah supaya negara luar memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia.

Kalau diamat-amati, semua pendekatan yang dilakukan oleh Anwar setakat ini tidak ada satu pun yang boleh menambahbaikkan kehidupan rakyat dan negara. Semua kenyataannya hanyalah untuk menambah sulitkan Negara dan ketenteraman kehidupan rakyat.

Apabila keadaan Negara dan rakyat tidak terurus, maka akan semakin kuatlah sokongan rakyat kononnya kepada PKR.

Mungkin Anwar dianugerahkan kepada Wan Azizah kerana hanya Wan Azizah yang mungkin sanggup menelan segala pahit maung hidup sebagai isteri kepada Anwar. Hanya Wan Azizah mungkin sanggup bersubahat dengan sebarang tingkah laku Anwar terhadap isterinya.

Memang Anwar adalah sebahagian dari anugerah-anugerah tuhan yang dilahirkan di Negara ini untuk menguji keuntuhan agama, bangsa dan tanah air ini. Jika di zaman Melayu Melaka, tuhan telah anugerahkan manusia seperti Si Kitol. Anugerah yang diturunkan oleh tuhan untuk menguji kerajaan melayu Melaka ketika itu benar-benar telah membawa sial kepada kerajaan Melayu Melaka.

Begitu juga dengan anugerah Abu Jahal yang dijadikan sebagai sebahagian dari ujian Allah kepada Nabi Muhammad dalam mengembangkan Islam. Tetapi Nabi Muhammad telah Berjaya mengatasi segala anugerah berbentuk dugaan yang diwujudkan di sekeliling Nabi Muhammad untuk menguji perjuangan Baginda dan pengikutnya.

Selain dari kisah ini, Nabi Noh juga telah diduga oleh tuhan dengan menganugerahkan baginda seorang isteri yang ingkar terhadap agama yang dibawa oleh Baginda.

Mutakhir sekali, tuhan juga ada menganugerahkan seorang Hindu untuk mentafsirkan ayat-ayat Al Quran ikut suka hati kepada PKR.

Anugerah berbentuk ujian kepada pemimpin Islam dalam Pakatan Pembangkang ini juga telah berjaya seperti mana Si Kitol, di mana tindakan hindu ini telah diiakan oleh bukan saja Anwar, malahan Nik Aziz juga bersetuju.

Wallahualamisawab…. Tuhan juga telah anugerahkan kepada rakyat Malaysia orang-orang agama yang bersetuju dengan semua perkara, asal saja tindakan itu datang dari kelompok mereka, walaupun terang dan jelas menyesatkan…

Inilah Harapan Baru Untuk Malaysia ala Anwar Ibrahim.

Kamarulzaman Kamdias

Lagi Berita