Jelajah Khatan Perdana Pemuda Khidmat Percuma Demi Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Sekretariat Hal Ehwal Bandar Pemuda UMNO dengan kerjasama Volunteer Without Frontiers (VWF) giat menjelajah seluruh negara dalam program Khatan Perdana sempena musim cuti sekolah.

Pengerusinya SHEB, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata program berkenaan merupakan usaha pergerakan itu bersama NGO menjalankan khidmat berkhatan secara percuma di bahagian yang terpilih seluruh negara.

Menurut beliau, seramai 20 sukarelawan termasuk Doktor perubatan yang terlibat melaksanakan  gerak kerja berkenaan tanpa mengira penat dan lelah demi berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat seluruh negara.

“Sehingga hari ini, lebih tiga ribu anak-anak telah pun mendaftar dengan kita untuk menyertai  khatan perdana itu dan kita masih lagi menerima sesipa yang ingin mendaftarkan anak masing-masing di negeri yang masih belum dilaksanakan.

“Kawasan Tebrau di Johor merupakan negeri  pertama yang telah melaksanakan program itu baru-baru yang mana telah dilancarkan secara rasminya oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

“Untuk tempoh terdekat selepas ini kita akan bergerak ke Terengganu,(Kuala Terengganu), Selangor, (Pandan), dan di Perak (Lenggong). Selepas itu negeri-negeri lain akan menyusul berdasarkan kekosongan tarikh dan tempat,” katanya.

Kata beliau lagi, bahagian tertentu akan dipilih untuk dijadikan tempat khidmat berkenaan dan ianya terbuka kepada semua di negeri tersebut dan mereka yang ingin mendapatkan khidmat berkenaan hanya perlu mendaftarkan anak-anak masing-masing dengan Ketua Pemuda bahagian.

“Kita bukannya mahukan publisiti dan apa-apa niat tersembunyi  tetapi  sekadar melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat.

“Ini merupakan gerak kerja kita selain tugas dan tanggungjawb kepada parti. Tugas dan peranan kepada masyarakat sama sekali kita tidak lupakan malah akan terus dipergiatkan dnegan lebih hebat selepas ini,” katanya.

Lagi Berita