Konvensyen BN Platform Rangka Strategi PRU

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang bakal diadakan Ahad ini merupakan satu paltform terbaik untuk parti itu menongkah kejayaan selain merangka pelbagai strtaegi mapan untuk berdepan pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda MIC, T. Mohan berkata konvensyen berkenaan yang menghimpunkan seluruh kepimpinan utama parti-parti komponen bakal memberi ruang yang cukup luas kepada semua pihak untuk bersemuka dan melontarkan pandangan dalam usaha mengukuhkan parti.

Menurut beliau permuafakatan yang sedia terjali di bawah satu payung sebelum ini akan dapat dipereratkan dengan lebih kemas dan tersusun selain pelbagai manfaat lain yang boleh dikongsi secara meluas sesama parti komponen.

“Sebagai pemimpin muda dalam BN, inilah yang kita harapkan agar permuafakatan yang kukuh dan kemas sejak sekian lama tidak tergugat baik anasir laur atau pun daripada dalaman. Apa yang penting kita semua mempunyai satu tujuan iaitu untuk kukuhkan parti.

“Dengan gabungan idea dan pandangan daripada seluruh parti-parti komponen, saya penuh yakin pelbagai input dan output akan dapat dihasilkan secara kolektif dan dapat dilaksanakan secara tersusun menjelangnya pilihan raya umum nanti,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sementara itu Ketua Pemuda PBS, Datuk Jahid Jahim turut berpandangan sama yang mana konvensyen BN merupakan satu bekalan  kepada parti-parti komponen untuk  menempuh “peperangan demokrasi” yang akan diadakan tidak lama lagi.

Menurut beliau, ruang yang ada itu perlu digunakan sebaik mungkin oleh parti-parti komponen sama ada luahan, krtikan dan sebagainya dengan matlamat untuk kukuhkan institusi demi pembangunan negara dan rakyat.

“Kita telah berada dibawah payung BN sejak sekian lama dan memerintah negara dengan cemerlang. Namun kecemerlangan itu  kita perlu lonjakkan lagi dengan pelbagai pembaharuan agar BN terus mendapat tempat di hati rakyat.

“Saya kira inilah waktu yang sesuai untuk parti-parti komponen melontarkan apa yang penting untuk kita gerakkan dalam pelaksanaan gerak kerja dan sebagainya agar pilihan raya umum akan datang kita dapat berdepan dnegan satu kekuatan yang padu,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PBRS, Vincent Lee Yung Soon melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih  kepada pucuk pimpinan BN yang menganjurkan konvensyen tersebut kerana mempunyai makna yang tersurat dan tersirat.

Menurut beliau, konvenyen tersebut bukan sahaja memberi makna yang cukup signifikan kepada parti-parti komponen, malahan kepada seluruh rakyat negara ini.

“Bagi parti-parti komponen, saya merasakan ini merupakan satu penghargaan yang tinggi kepada mereka kerana diberikan ruang yang betul untuk menyalurkan sebarang  pandangan dan masalah lain. Bagi rakyat pula, saya percaya mereka melihat dan meneliti dengan mendalam konvensyen berkenaan kerana mereka dekat dengan BN.

“Sebab itulah saya merasakan ini adalah gelanggang kepada seluru parti komponen untuk meamstikan BN terus menerajui kerajaan demi kecemerlangan pembangunan negara dan rakyat,” katanya.

Konvensyen yang bertema ‘Satu Warga, Satu Negara, Satu Wawasan’ itu akan mengeluarkan satu piagam yang diikrarkan 2,100 perwakilan sebelum diserahkan kepada Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Konvesyen itu sepatutnya diadakan 27 dan 28 November lalu tetapi ditangguhkan kepada 4 dan 5 Disember ini bagi menghormati bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, yang meninggal dunia minggu lalu.  Konvensyen tersebut  akan berlangsung di Dewan San Choon, Wisma MCA.

Lagi Berita