Pentadbiran Khalid Ibrahim Tidak Cekap – GPMS Selangor

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Isu yang dibangkitkan mengenai 30 isu penyelewengan kerajaan negeri Selangor adalah berkaitan tentang ketidakcekapan Kerajaan Negeri menguruskan pentadbiran seperti apa yang mereka canangkan sebelum ini, ujar Ketua Penerangan GPMS Negeri Selangor, Dato’ Irmohizam Ibrahim.

”Segala apa yang berlaku melambangkan pentadbiran yang diterajui oleh Menteri Besar cacar merba dan perlu diaudit serta pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus masuk dan menyiasat segala tuduhan kerana ianya melibatkan wang rakyat.

Rakyat perlu tahu apa yang berlaku sebenarnya. Sekarang Rakyat Selangor harus membuka mata dan menilai tahap kepimpinan negeri sekarang selepas pilihan raya lepas kerana terlalu banyak isu dan masalah yang timbul mengenai pentadbiran Menteri Besar ketika ini,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas isu 30 perkasa dan isu penyelewengan kerajaan Negeri Selangor.

Tambahnya, GPMS Selangor melihat perlu ada perubahan bukan sahaja kepimpinan Menteri Besar malah kepimpinan negeri sekaligus kepada mereka yang benar-benar layak mentadbir negeri Selangor ini. Teguran Sultan Selangor juga perlu diambil berat dan iktibar kepada semua.

”Teguran ini dibuat kerana kerap sangat teguran dibuat akan ketidakcekapan pentadbiran kerajaan negeri serta isu-isu yang berkaitan dengan rakyat Selangor,” tambahnya lagi.

Lagi Berita