PM Selamat Pulang Ke Tanahair Dari Kemboja

SUBANG, 2 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pulang ke tanah air hari ini selepas menghadiri Persidangan Parti-parti
Politik Asia Antarabangsa (ICAPP) ke-6 selama dua hari di Kemboja.

Pesawat khas membawa beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dekat sini pada 3 petang.

Turut mengiringi beliau ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Najib diberi penghormatan berucap kepada 353 pemimpin politik dari 53 negara di rantau Asia-Pasifik.

ICAPP, forum melibatkan parti-parti memerintah, pembangkang dan bebas di rantau ini, dibentuk pada tahun 2000 bertujuan antara lain untuk meningkatkan kerjasama dan persefahaman antara mereka.

Delegasi Malaysia termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Shahidan Kassim dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Nik Mohamed Zawawi Salleh.

Lagi Berita