Untuk Terus Kekal Perlu Berubah – PM

PHONM PENH 2 Dis. – Parti-parti politik tidak harus merasa selesa dengan apa yang dinikmati selama ini dan jika ingin terus kekal dan relevan, mereka perlu melakukan perubahan dan tranformasi dengan mengutamakan rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, lanskap politik dunia sudah berubah dan tidak seperti dahulu, pemimpin parti perlu melakukan perubahan kerana pemikiran rakyat ketika ini berbeza berbanding dahulu.

“Sesuatu parti itu tidak akan berkuasa selama-lamanya, jika mereka tidak membawa perubahan dalam parti, mereka akan tumbang,  kebanyakkan parti yang jatuh adalah disebabkan mereka masih mengamalkan cara dulu. Jika mahu berkuasa kita perlu relevan kepada rakyat,, maka perubahan perlu dilakukan.

“Banyak parti-parti yang berpengaruh mengalami masalah itu, mereka merasa selesa dengan pencapaian yang mereka nikmati sehingga lupa kepada perjuangan asal, dahulu berkuasa akhirnya hilang kuasa kerana mereka tidak berani membuat perubahan.

“Sebab itu, Barisan Nasional (BN) yang menjadi tunjang kepada pemerintahan di Malaysia telah melakukan banyak perubahan termasuk memberi ruang kepada pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan dan orang awam untuk bersama kita,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan  Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia di Pusat Persidangan Antarabangsa Phonm Pehn.

Persidangan selama dua hari itu dirasmikan oleh Perdana Menteri, Hun Sen yang dihadiri 377 peserta dari 89 parti politik daripada 39 buah negara. Tema persidangan kali ini adalah Perubahan Asia Untuk Kehidupan Lebih Baik di Masa Depan.

Antara negara yang hadir selain Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, China, Vietnam, Pakistan, Bangladesh, India, Nepal, Thailand dan Korea Selatan. Mereka diwakili oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing seperti Parti Golkar diwakili oleh Presidennya, Yusof Kallar, manakala Partai Demokratik Indonesia, Megawati Sukarno Puteri.

Najib berkata, selain daripada itu, permasalahan yang berlaku dalam kepimpinan parti juga boleh menyebabkan parti terbabit menghadapi masalah sehingga hilangnya  kepercayaan rakyat terhadap mereka.

“Masalah yang berlaku dalam parti menyebabkan parti itu tumbang, untuk itu perubahan perlu dilakukan untuk memastikan ia terus dapat meneruskan khidmat mereka kepada rakyat, untuk menjadikan ia lebih baik,” katanya.

Menurutnya, sebagai pemimpin yang ingin terus berkhidmat, mereka  perlu sering bersama rakyat dan menganggani pelbagai masalah dihadapi kerana rakyat mempunyai kuasa menentukan nasib sesuatu parti.

“Menanggani pelbagai masalah kepada rakyat adalah penting, berusaha untuk menunaikan permintaan rakyat itu penting, kita harus menfaatkan kepercayaan yang diberi oleh mereka dengan memberi perkhidamtan terbaik,” katanya.

Menurutnya, sejak menerajui BN, beliau telah membuat perubahan dengan melakukan tranformasi dan mengamalkan prinsip rakyat perlu didahulukan untuk memberikan perkhidmatan serta penyelesaikan terhdapa masalah dihadapi. – MediaUMNO

Lagi Berita