Anugerah Tuhan : Anwar Dituntut Bersumpah Laknat

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Jika benar Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah “Anugerah Tuhan” seperti mana yang dihamburkan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar hari ini dituntut agar bersumpah laknat terhadap semua perlakuan salah laku moral sekiranya benar dia merupakan `Anugerah Allah’ kepada rakyat Malaysia.

Demikian cabaran yang dilontarkan bekas aktivitis yang juga bekas Setiausaha Pemuda PKR Selangor, Wan Indra Putra Wan Ahmad.

Sambil melahirkan rasa kagum dengan kasih sayang yang ditunjukkan Wan Azizah terhadap Anwar Ibrahim, malah pujian dan kata-kata bahawa Anwar Ibrahim merupakan “Anugerah Tuhan”, beliau berkata sudah tiba masanya untuk Anwar berani untuk bersumpah laknat.

“Kita ucapkan bersyukur dan berterima kasih kepada Kak Wan yang begitu kasih dan terlalu mengagungkan suami beliau yang dilabelkan sebagai ‘Anugerah Allah Taala’, dan ini merupakan satu percakapan yang baik oleh Kak Wan selaku Presiden PKR.

“Mudah-mudahan Allah akan memberikan petunjuk yang baik kepada Kak Wan dan seisi keluarganya, dan sekurang-kurangnya kalau ini salah satu dari Anugerah Allah, saya secara peribadi, satu dari puluhan juta rakyat Malaysia saya mohon pada Kak Wan buat kali terakhir, menuntut Anwar Ibrahim agar bersumpah laknat bahawa beliau tidak terlibat dalam sebarang salah laku moral selama ini,” katanya di sini, hari ini.

Pada masa yang sama, beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Wan Azizah yang mengistiharkan perang terhadap ‘Ketuanan Melayu’ dalam Kongres PKR baru-baru ini.

“Oleh itu, kami dari GAPS (Gagasan Anti penyelewengan Selangor) dan seluruh orang Melayu akan menyahut cabaran perang ini dan kita akan tertemu pada 5 Disember nanti”, ujarnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyifatkan pemilihan PKR baru-baru ini membuktikan bahawa kuasa dan pangkat telah merasuki ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PKR.

Beliau juga rasa sedih dengan apa yang berlaku ke atas calon Timbalan Presiden PKR, Mustapha Kamil Ayub yang cukup teraniaya, cukup tertindas dan di anaktirikan sepanjang kempen pemilihan PKR tersebut sedangkan Mustapha cukup komited berjuang bersama PKR selama ini berbanding Azmin Ali yang hanya pandai mendampingi Anwar Ibrahim berbanding dengan ahli di peringkat akar umbi.

“Saya ada mendengar gosip-gosip, khabar berita bahawa Mustapha Kamil Ayub akan bersama kita berceramah dalam pentas SSDE, Selamatkan Selangor Darul Ehsan, jika hatinya terbuka untuk menegakkan kebenaran dan keadilan.

“Kita juga difahamkan bahawa Mustapha Kamil Ayub juga cukup luruh hatinya dan apa yang digambarkan semasa perhimpunan parti ketika itu semata-mata menjaga aib Anwar Ibrahim,” tambahnya. -MediaUMNO

Lagi Berita