Golongan Muda Kesinambungan Perjuangan Parti – Shahanim

PHONM PENH 4 Dec – Pembabitan lebih luas golongan muda dengan memberikan lebih banyak ruang kepada mereka untuk menumbangkan idea dan pendapat  dapat memberi kesinambungan berterusan kepada perjuangan parti kerana pemikiran mereka mungkin berbeza dengan kepimpinan sedia ada dalam usaha penambah baik..

Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia, Shahanim Mohd Yusof menyifatkan apa persidangan ini adalah satu platform yang turut memberi ruang kepada golongan muda yang dianggap sebagai pemimpin pelapis untuk bersama-sama mengeluarkan idea dan pendapat untuk menjadikan sesuatu parti itu lebih dinamik dan komprehensif serta relevan dengan kehendak rakyat.

“Dari apa yang saya lihat di persidangan ini, saya dapat saksikan ramai pemimpin-pemimpin muda diberi pendedahan untuk bersama-sama dengan pemimpin pelbagai parti politik dari pelbagai negara untuk bertukar idea dan pendapat.

“Pendedahan ini amat penting dalam usaha mematangkan pemimpin muda seperti kami ini, pembabitan UMNO dengan menghantar wakil Wanita, Pemuda dan Puteri kep persidangan ini membuktikan keterbukaan parti sejajar dengan hasrat Presiden UMNO,” katanya kepada umno-online.

Shahanim adalah antara delegasi UMNO yang hadir di Persidangan Antarabangsa Parti-Parti Politik Asia yang diadakan di Kemboja. Selain UMNO, MCA dan Pas turut menghantar delegasi ke persidangan itu yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Seng.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO turut menyampaikan ucaptamanya di persidangan itu yang menyentuh mengenai parti-parti politik yang ingin terus kekal perlu melakukan perubahan bagi memastikan ia terus relevan kepada ahlinya.

Pada persidangan kali ini, UMNO menghantar seramai 20 peserta dari semua sayap parti yang diketuai oleh Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Shahanim berkata, UMNO sebenarnya sudah lama memberi pengiktirafan kepada golongan muda bukan sahaja di peringkat parti malah turut memberi ruang untuk bersama pentadbiran negara dengan melantik ke jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

“Di negara kita, perkara ini bukan baru, Ketua Puteri UMNO pernah dilantik jadi Menteri penuh, ini membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang mengamalkan sikap terbuka dan turut memberi peluang kepada golongan muda untuk bersama-sama memperjuangkan perjuangan parti.

“Ketika merasmikan persidangan ini, Hun Seng juga telah menyebut dalam ucapannya supaya semua parti politik memberi peluang kepada pemimpin muda bersama-sama dengan kepimpinan parti.

“Hun Seng berkata kehadiran pemimpin muda amat penting kerana apa yang berlaku sekarang berbeza dengan apa yang berlaku dahulu, apa yang dikatakan itu benar dan setiap parti yang hadir ini perlu beri perhatian apa yang dicapkan itu,” katanya.

Shahanim berharap UMNO dapat memberi lebih banyak peluang kepada pemimpin muda untuk menyertai persidangan seperti ini untuk memberi pendedahan lebih luas kerana dapat bertukar pendapat dengan parti-parti lain dari luar negara. MediaUMNO

Lagi Berita