BN Parti Utamakan Rakyat – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Barisan Nasional (BN) sebenarnya adalah parti untuk rakyat dan semua komponen seharusnya mengutamakan masalah rakyat tidak kira agama dan kaum mereka, ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Satu-satunya cara bagi Barisan Nasional (BN) untuk menang dengan majoriti besar pada pilihanraya umum yang akan datang adalah dengan berjumpa serta berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat.

Katanya, rakyat sekarang mula menyedari perjuangan BN selepas dikelirukan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum yang lalu.

“BN adalah satu-satunya barisan 1Malaysia yang sebenar dan mampu membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi untuk 50 tahun yang akan datang,” katanya kepada UMNO-Online selepas ucapan Pengerusi pada Konvensyen BN di Wisma MCA.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menegaskan, pakatan pembangkang tidak akan mampu mempamerkan satu suara seperti yang dilakukan BN selama ini.

“BN amat berbeza dengan pakatan pembangkang, kita benar-benar memperjuangkan rakyat, tetapi mereka hanya mahu merampas kerajaan pusat sahaja,” katanya -MediaUMNO

Lagi Berita