PM Yakin BN Sedia Bekerja Yakinkan Rakyat

KUALA LUMPUR, 5 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berpuas hati dengan hasil Konvensyen Barisan Nasional (BN) yang disifatkan berjaya untuk melaksanakan transformasi politik.

“Tujuan konvensyen ini adalah untuk melaksanakn transformasi polikit bagi memperkuatkan BN dan setiap komponen.

“Konvesyen BN ini berjaya bukan saja menaikkan semangat ahli-ahli BN, tetapi memberi panduan dan hala tuju kepada apa yang mereka patut lakukan di dalam transformasi politik.

“Saya telah tekankan untuk elak daripada tejebak sebagai parti yang lama berkuasa, jangan khayal, lupa haluan, angkuh dan menolak pembaharuan,” katanya pada sidang media selepas menutup konvensyen sehari di Wisma MCA, di sini harini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menenkankan kepada perwakilan konvensyen untuk bertindak berasaskan ‘rakyat didahulukan’ di semua peringkat supaya itu boleh menambah keyakinan rakyat kepada BN.

Datuk Seri Najib juga berkata beliau berpuas hati dengan Konvensyen BN kerana sehingga akhir persidangan, lebih 70% perwakilan hadir. “Ini juga bermakna BN sudah bersedia untuk meningkatkan keyakinan rakyat.” –MediaUMNO

Lagi Berita