Sikap Angkuh, Sombong dan Bongkak Guan Eng Berterusan

Guan Eng yang semua orang tahu sudah beberapa kali menunjukkan sikap angkuhnya,ciri ciri ultra kiasu dan chauvanist diperlihatkan kepada rakyat. yang terkini apabila beliau tidak menghadiri perasmian Pesta Pulau Pinang yang di rasmikan oleh Gabenor TYT Tun Rahman Abas.

Sudah menjadi keutamaan Ketua Menteri mengiringi TYT Gabenor pada setiap majlis rasmi dan acara kerajaan negeri.Tetapi sebaliknya Ketua menteri paling celaka dalam sejarah kerajaan negeri,sebagai seorang DAP beliau melihat majlis merasmikan Pesta Pulau Pinang bukan menjadi keutamaan beliau kerana tidak perlu menghormati seorang ketua negeri hatta Sultan sekali pun.

Perasmian yang diadakan di dewan terbuka tapak pesta Pulau Pinang hanya dihadiri oleh Yb Danny Law yang hanya membacakan teks ucapan Ketua Menteri. Sebenarnya ketidak hadiran Guan Eng adalah kerana menyambut majlis hari jadinya yang dibuat secara tertutup.Seluruh Exco dan Adun DAP menghadiri majlis hari jadi tanpa menghiraukan majlis perasmian yang sepatutnya bersama TYT Tun Rahman Abas .

Tindakan angkuh chauvanist ultra kiasu rasis DAP ini jelas memperlihatkan mereka tidak menghormati sesiapa pun melainkan Guan Eng khalifah sosialis kesayangan khawarij PAS yang semua orang tahu pembohong dan pembelit.

Dalam pada itu sehari sebelum perasmian di tapak pesta Guan Eng lebih mengutamakan menyambut majlis hari jadi Raja Thai,adakah Guan Eng Ketua Menteri Phuket?Majlis diadakan 3hb Disember di The G Hotel.

Sehari selepas tidak menghadiri perasmian bersama TYT Tun Rahman Abas pada 4 hb Desember,beliau boleh pula menghadirkan diri dalam perasmian Festival Indonesia pada 5 hb Desember.Adakah Guan Eng Ketua Menteri Jajahan Jawa Timur

Beliau mengutamakan festival dan majlis dari luar negara daripada bersama sama mengiringi TYT Tun Rahman Abas merasmikan Pesta Pulau Pinang 2010. Inilah jadinya apabila Ketua menteri adalah orang luar dan bukan anak jati Pulau Pinang.Sudahlah tidak menghormati Gabenor beliau juga mengajak keseluruhan Exco dan Adun DAP agar menyertai beliau dalam majlis hari jadinya yang dibuat secara tertutup .

Pisau kata ” angkuh dan tidak menghormati TYT Tun Rahman Abas,Kalangan pemimpin DAP tidak pernah menghormati Sultan dan Gabenor melainkan hanya terpaksa “.

www.pisau.net

Lagi Berita