Bantuan Zink Penduduk Kampung Sempena Musim Tengkujuh

TOK CHE DOL, 9 Dis – Ahli Parlimen Jeli, Dato’ Sri Mustapa Mohamed turun padang bagi menyampaikan bantuan segera kepada 30 orang pemilik rumah yang dikategorikan uzur di DUN Bukit Bunga baru-baru ini.

Prihatin dengan nasib mereka, satu majlis Penyampaikan Bantuan telah diadakan bagi menyampaikan kira-kira 15 keping zink kepada mereka yang layak.

“Memandangkan sekarang ini adalah musim tengkujuh, sudah pasti mereka amat memerlukan zink bagi membaiki keadaan atap rumah yang bocor. Ini adalah permulaan. Selepas ini, rumah-rumah usang yang telah dikenal pasti akan dimasukkan di dalam senarai E-Kasih. Melalui program E-Kasih ini, lebih banyak bantuan akan disalurkan,” jelasnya.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Irwan Mansor ini, sebenarnya adalah bantuan segera setelah Ahli Parlimen ini mendapat maklumat bahawa penduduk kampung amat memerlukan zink.

“Sejumlah kira-kira RM230 di peruntukkan diluluskan untuk setiap rumah yang bermasalah sedemikian bagi bantuan zink. Sekarang adalah musim tengkujuh. Zink amat penting bagi mereka yang memerlukan untuk membaiki keadaan atap rumah yang uzur,” katanya yang menyampaiakn bantuan kepada penduduk di Kampung Tok Che Dol dan Panglima Bayu dekat sini.

Lagi Berita