Makin Terdesak, Dulu Guna Pemimpin Gay, Sekarang Pemimpin Anti Minyak Sawit Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Makin terdesak.  Jika pada awal tahun ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan beberapa Ahli Parlimen Australia untuk mengadakan protes sebagai menunjukkan sokongan terhadapnya yang berdepan dengan kes liwat tapi kali ini beliau mengundang pula Anggota Parlimen Bebas Australia Selatan, Senator Nick Xenophon untuk memantau perbicaraan kes liwatnya.

Malah ketika memperkenalkan  Nick Xenophon di lobi parlimen semalam, Anwar memberitahu selain akan menjadi pemerhati dalam perbicaraan kes liwatnya,  Ahli Parlimen Bebas Australia itu turut dipertemukan dengan ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang dan persatuan hak asasi manusia.

Tindakan Anwar itu jelas adalah rentetan usaha beliau terus mempertikai kredibiliti kerajaan dan sistem kehakiman negara.

Untuk rekod Februari lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan beberapa Ahli Parlimen Australia untuk mengadakan protes sebagai menunjukkan sokongan terhadapnya yang berdepan dengan kes liwat.

Antara penyokong kuatnya dalam parlimen negara itu ialah Michael Danby, seorang bangsa Yahudi dan penyokong kuat negara Israel serta pejuang hak asasi kaum gay/lesbian.

Seorang lagi ialah sememangnya Ahli Parlimen gay pertama di Australia, iaitu Senator Bob Brown yang juga seorang atheist.

Anwar juga mendapat sokongan seorang lagi Ahli Parlimen negara itu, Malcolm Turnbull yang dikenali kerana menyokong penggunaan pil untuk mengugurkan kandungan bayi.

Ahli Parlimen Australia yang terbaru dibawa oleh Anwar untuk menyokong kes liwatnya iaitu Nick Xenophon pula adalah seorang ahli politik yang dikenali sebagai Anti Minyak Sawit Malaysia.

Xenophon dalam beberapa sidang media di Australia menyuarakan tentangannya terhadap minyak sawit Malaysia yang didakwanya tidak sihat dan tidak baik untuk kesihatan manusia.

Malah dia menganjurkan rang undang-undang dalam parlimen Australia yang disasarkan terhadap minyak sawit.

Begitulah gelagat Anwar ketika berdepan dengan perbicaraan kes liwatnya yang sehingga kini sering tertangguh atas alasan dan tuduhan yang bukan-bukan.

Anwar sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencari sokongan luar terutama pemimpin yang kredibilti dan personalitinya cukup meragukan.  Memang Anwar semakin terdesak.

Lagi Berita