Pemuda Seputeh Persoal Namewee Dapat Layanan Istimewa

KUALA LUMPUR 10 Dis – Pemuda UMNO Seputeh kesal dengan tindakan Namewee yang bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seti Nazri Aziz di bangunan Parlimen tanpa mengikut peraturan pakaian yang ditetapkan.

Ketua Pemudanya, Mohd Razlan Muhmmad Rafii  menyifatkan tindakam Namewee yang hanya memakai t-shirt kolar bulat tanpa tali leher serta memakai tutup kepala membuktikan bahawa dia tidak menghormati peraturan kepada setiap pengunjung ke bangunan berkenaan.

“Apa istimewanya Namewee, sehingga boleh masuk ke parlimen tanpa memakai pakaian yang sesuai, sedangkan peraturan menetapkan mereka yang ingin ke situ perlu memakai pakaiana yang bersesuaian.

“Apa yang saya tahu, untuk memasuki bangunan parlimen perlu memakai kemeja dengan bertali leher, kalau tidak tidak dibenarkan, bagaimana budak yang banyak membangkit mencetuskan pelbagai isu boleh lepas dengan begitu sahaja.

“Mana perginya, pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran bangunan Parlimen, adakah Namerwee mendapat `layanan istimewa’ sehingga dia boleh berpakaian apa sahaja ke parlimen untuk bertemu menteri,” katanya kepada umno-online.

Namewee pernah mengejut negara ini apabila menghina negera dengan mengubal lagu Negaraku sehingga menimbulkan pelbagai reaksi kemarahan di kalangan rakyat negaraini ku pada suatu ketika dahulu.

Malah baru-baru ini, Nmewee buat kejutan lagi apabila melakukan perbuatan yang sama apabila menghina Tenaga Nasional dengan lirik lagu yang digubahnya termasuk membabitkan orang Melayu dengan lirik “Melayu Balik hutan Jadi Sakai”.

Razlan berkata, yang menjadi persoalannya serta tanda tanya ialah mengapa mereka yang pernah melakukan kontroversi boleh mendapat layanan istimewa, sedangkan tindakan yang dilakukan itu sebenarnya menghina Parlimen kita.

“Mungkin isu pakaian itu kecil, tapi ia suatu kemenangan besar kepada Namewee kerana berjaya masuk ke bangunan parlimen tanpa perlu mematuhi peraturan atau protokal ditetapkan,” katanya. MediaUMNO.

Lagi Berita