Sampai Bila Masjid Terus Dinodai Pemimpin Pembangkang Demi Politik Sempit?

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Memang cukup biadap. Perhimpunan haram berhubung isu air Selangor yang diadakan di Masjid Negara pada hari Ahad lepas  anjuran Menteri Besar Selangor bukan saja memaparkan aksi ganas dan kurang ajar peserta malah lebih mengecewakan lagi telah mencemarkan kesucian tempat ibadah umat Islam.

Tiada apa yang dapat dibanggakan selain mencemar masjid, aksi ganas dan menyusahkan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan.

Kalau isunya kononnya tentang hak rakyat kenapa masjid djadikan pilihan untuk berhimpun mengadakan demonstrasi.  Timbul persoalan kenapa tidak tokong, kuil atau gereja dijadikan tempat berhimpun.

Hakikatnya siapa pun tidak harus mencemarkan tempat ibadat masing-masing.

Justeru marilah kita menilai tindak tanduk pakatan pembangkang dalam perhimpunan tersebut yang jelas telah mencemarkan kesucian tempat ibadat umat Islam.

Sila lihat video yang dirakam  pada waktu azan zuhur sedang berkemundang dan selepas waktu azan.

Penjaga Masjid Negara terpaksa lari ke kiri dan kanan menghalang peserta-peserta demo masuk ke dalam kawasan Masjid dengan memakai kasut dan selipar.

Pada minit 0.30 dalam video anda boleh lihat bagaimana seorang lelaki cina memakai seluar pendek (baju merah dan beg sandang hitam) juga cuba masuk ke kawasan masjid.

Pada minit 1.08 pula dua orang penganut krisian, Theresa Kok dan isteri kepada exco Selangor, Xavier Jayakumar cuba untuk naik ke bahagian atas masjid walaupun dihalang oleh penjaga Masjid kerana pada waktu itu adalah waktu solat zuhur.

Pada minit 1.18 pula anda boleh lihat bagaimana dua penganut kristian tersebut apabila menolak jubah yang dihulurkan petugas wanita Masjid Negara.

Pada minit 2.00 terdengar suara petugas wanita Masjid Negara yang cuba menghalang dengan berkata “time sembahyang tak boleh masuk”.

Pada minit 2.12 apabila Tian Chua menghampiri Theresa Kok mereka terus bercakap dalam bahasa cina yang kita tidak ketahui apa maksudnya. Mungkin mereka mengutuk pihak Masjid Negara.

Kenapa harus berbahasa cina sedangkan sebelum itu Theresa Kok menggunakan bahasa inggeris ? Itulah yang kita ragui apa yang mereka perkatakan.

Itulah keadilan dan kesamarataan yang diperjuangkan oleh pakatan pembangkang. Masjid pun disamakan seperti tempat-tempat lain. Bebas untuk sesiapa sahaja untuk datang berdemo dan melanyak masjid secukup-cukupnya.

Sampai bila penyokong pakatan pembangkang perlu terus diperbodohkan pemimpin mereka. Dan perkara yang paling utama sampai bilakah kita mahu melihat tempat suci ibadat umat Islam terus dicemar oleh pemimpin pembangkang yang tidak bertanggungjawab yang mengamalkan politik “matlamat menghalalkan cara”.

Lagi Berita