GAPS Tunai Janji Lapor Penyelewengan PKNS Kepada SPRM

SHAH ALAM, 13 Dis – Gagasan Anti penyelewengan Selangor (GAPS) akan menunaikan janji dengan membuat laporan mengenai penyelewengan kerajaan negeri Selangor petang ini di pejabat SPRM Putrajaya, ujar Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin.

“GAPS akan membuat laporan di SPRM Putrajaya berhubung penyelewengan pengurusan PKNS. PKNS adalah sebuah perbadanan di bawah sebuah perbadanan di bawah pentadbiran Menteri Besar dan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor adalah Pengerusi PKNS,” ujarnya kepada UMNO-Online mengulas aktiviti terbaru GAPS.

Minggu lalu, GAPS telah menyerahkan memorandum 30 perkara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor kepada Sultan Selangor di Istana Kayangan dan Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara.

Dalam masa yang sama, GAPS sekali lagi mendesak agar kerajaan negeri melucutkan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau sebagai pemimpin utama parti politik yang mencanangkan agar perkataan ‘Melayu’ digadaikan dalam perjuangan politik mereka.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim patut dilucut kerana jawatan tersebut hanya sekadar mengukuhkan kedudukan politik beliau, bahkan tidak menyumbang apa-apa kemajuan negeri Selangor yang telah sedia maju dan makmur selama ini”, ujarnya. -MediaUMNO

Lagi Berita