Pakatan Pembangkang “Kosmetik”, Pas Kena Kunci Mulut Dasar Negara Islam

KUALA LUMPUR, 13 Dis –  Tindakan pakatan pembangkang yang mahu isu-isu sensetif seperti dasar negara Islam yang hendak dibawa oleh Pas dielakkan ketika konvensyen pakatan itu minggu depan jelas membuktikan pakatan tersebut hanyalah pakatan kosmetik semata-mata.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Zainal Abidin Osman berkata hakikatnya ketiga-tiga pakatan terbabit mempunyai agenda peribadi masing-masing.

“Pakatan mereka hanya wayang.  Ideologi ketiga-tiga parti berbeza antara satu sama lain.  Jadi kita tak hairan kalau masing-masing cuba tutup perbezaan tersebut, takut rakyat tahu.

“Berbeza dengan Barisan Nasional (BN), kita ada 13 parti tapi kita takde masalah untuk duduk berbincang.  Contoh masa konvensyen BN yang baru lalu, kesemua parti luah pendapat mereka dan pada akhirnya Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak buat kesimpulan berdasarkan satu ideologi, satu matlamat, satu prinsip, satu visi..tiada masalah”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online di sini, hari ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa pakatan pembangkang akan mengelak daripada memperkatakan isu-isu sensitif termasuk dasar negara Islam yang hendak dibawa oleh Pas pada konvensyen pakatan itu hujung minggu ini.

Tambah beliau lagi hakikatnya pakatan pembangkang bukanlah pakatan yang berlandaskan kepada realiti sebenar.

“Kalau mereka betul-betul pakatan sebenar, bertandinglah atas satu parti, satu manifesto dan satu matlamat”, ujarnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Nibong Tebal seterusnya melahirkan rasa kasihan kepada Pas yang terus menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR.

“Sampai bila Pas mahu dipermainkan.  Kalau kita tengok jentera Pas cukup bersungguh-sungguh perjuang parti… kalau 30 tahun dulu Pas sekarang pun tetap Pas tapi sayang perjuangan mereka dipermainkan DAP dan PKR.

“DAP dan PKR hanya mahu guna jentera Pas tapi dalam buat sesuatu keputusan, Pas diketepikan”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita