Dakwaan Bodoh, Tak Logik Kaitkan Konspirasi UMNO, Singapura, Australia

KUALA LUMPUR, 14 Dis –  Cubaan mengaitkan UMNO kononnya terlibat dalam pendedahan laman web WikiLeaks mengenai kebenaran kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah satu dakwaan yang bodoh dan tidak logik, demikian menurut Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Tegas beliau adalah sesuatu yang amat sukar untuk mengadakan konspirasi dengan Singapura dan Australia apatah lagi negara tersebut sebelum ini dikatakan sebagai negara yang menyokong Anwar.

“Pada kita kebenaran atau tidak itu telah dinyatakan pimpinan di Singapura… mereka tak nafikan tentang perkara itu…pada kita kes ini sedang berjalan di mahkamah.

“Soalnya sama ada wujudnya satu lagi konspirarsi tuduhan yang begitu…..saya rasa amat sukar untuk mewujudkan satu konspirasi Malaysia, Singapura, Australia.

“Jadi dari segi logiknya konspirasi apa ya… lagipun Singapura dan Australia ini  kononnya negara ini sebelum ini disebut sebagai negara menyokong Anwar Ibrahim…bagaimana pula tiba-tiba negara ini nak berkonspirasi”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Pada masa yang sama tambah beliau lagi dari segi logik politik juga adalah satu tindakan yang bodoh sekiranya kerajaan khususnya UMNO cuba mengulang skrip yang sama pada tahun 1999 yang memberi UMNO banyak masalah.

“Kenapa kita nak ulangi semula skrip liwat 1998 untuk 2010 sedangkan kita berdepan masalah pada pilihanraya umum lalu.

“Satu lagi yang penting yang bawa Anwar ke mahkamah adalah Saiful Bukhari…tiada kaitan dengan UMNO”, ujarnya.

Dalam pada itu beliau juga merasa hairan dengan tindakan Anwar yang tidak mahu mengambil tindakan saman terhadap bekas orang kepercayaan dan rakan-rakannya yang berulang kali membuat pendedahan tentang perilaku beliau.

Tambah beliau lagi yang membuat dakwaan ini bukan calang-calang individu kerana terdiri daripada bekas Setiausaha Politiknya, Ezam Mohd Noor, bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari dan bekas rakan karib serta rakan sepermainan tennis, Datuk Nallakaruppan.

Ini kata beliau lagi termasuk bekas ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti YB Zulkifli Nordin, Datuk Seri Zahrain Hashim dan YB Wee Choo Keong.

“Mereka ini berulang kali mencabar Anwar untuk ambil tindakan sekiranya apa yang mereka dakwa selama ini tidak benar.

“Saya pun hairan sudah dicabar banyak kali samanlah…kalau tak saman itu memberikan persepsi bahawa ada perkara tidak betul di mana-mana …macam juga orang suruh dia bersumpah tapi dia tak bersumpah…jadi memberi persepsi gambaran itu berlaku ….sekarang ini terletak pada dia sebenarnya bukan terletak pada kita untuk pertahan diri dia”, katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita