GAPS Lapor SPRM Tiga Penyelewengan Pengurusan PKNS

PUTRAJAYA, 14 Dis – Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) menunaikan janji dengan membuat laporan mengenai penyelewengan kerajaan negeri Selangor di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya di Isnin.

Pengerusi GAPS, Hamizun Khairuddin berkata pihaknya membuat tiga laporan di SPRM  Putrajaya berhubung penyelewengan pengurusan PKNS.

“PKNS adalah sebuah perbadanan di bawah sebuah perbadanan di bawah pentadbiran Menteri Besar dan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor adalah Pengerusi PKNS.

“Antara laporan yang kita buat ialah perlantikan tiga syarikat yang dimiliki oleh orang yang sama dalam penubuhan `telemarketings’ PKNS dengan bayaran sebanyak RM2.6 juta selain pelantikan seorang warga asing sebagai perunding PKNS dalam tempoh 6 bulan dengan bayaran yuran sebanyak RM 935 ribu,” ujarnya kepada UMNO-Online selepas menghantar laporannya di sini.

Tambahnya, satu lagi laporan yang dibuat GAPS ialah mengenai perlantikan seorang perunding Perhubungan Awam dan seorang penulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran sebanyak RM20 ribu sebulan.

“Ini adalah satu pembaziran yang menggunakan wang PKNS. Adalah lebih baik agar wang yang sebanyak itu digunakan untuk pembangunan modal insan khususnya kepada anak-anak muda di Selangor,” ujarnya.

Minggu lalu, GAPS telah menyerahkan memorandum 30 perkara Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor kepada Sultan Selangor di Istana Kayangan dan Yang DiPertuan Agong di Istana Negara. -MediaUMNO

Lagi Berita