Muzakarah Menangani Zina, Pembuangan Bayi Di IKIM

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Muzakarah Pakar “Menangani Zina Serta Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah”, Khamis ini.

Sebanyak enam pembentangan akan dibincangkan di dalam muzakarah sehari itu, bermula jam 9.00 pagi di Dewan Besar, IKIM dekat sini.

Antara pakar yang terlibat adalah Pengarah, Pusat Perundingan dan Latihan IKIM, Puan Siti Fatimah binti Abdul Rahman, Pegawai Perubatan, Bahagian Reproduktif Manusia, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Hamizah binti Mohd Hassan yang akan membuat pembentangan mengenai “Dasar dan Polisi: Apakah yang Telah Dilakukan bagi Menangani Zina dan Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah”.

Profesor Madya Datin Dr. Paizah binti Haji Ismail daripada Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula membentangkan “Menangani Zina dan Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah: Menurut Undang-undang Jenayah Shariah di Malaysia”.

Pakar Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Hajjah Fauzi binti Ismail membentangkan perbicangan mengenai “Menangani Zina dan Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah: Satu Analisa dari Sudut Psikologi”

Profesor Dr. Abd. Abd. Hadi bin Zakaria daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT), membentangkan tajuk ”Menangani Zina dan Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah: Satu Analisa dari Sudut Sosiologi”, manakala Pengarah, Kem Modal Insan Kewaja, Saudara Yahya bin Mohamed Yusof membentangkan “Mendekati Remaja Terlanjur – Kaedah dan Penyelesaian”.

“Menangani Zina dan Pembuangan Bayi di Kalangan Remaja dan Pelajar Sekolah: dari Perspektif Perundangan” pula akan di bentangkan oleh Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Profesor Datuk Zaleha binti Kamaruddin. -MediaUMNO

Lagi Berita