Konvensyen, Sejauh Mana Kejujuran Pas Perjuang Negara Islam

Pas sebenarnya kita di persimpangan antara mengejar kuasa politik dan mempertahankan prinsip perjuangan yang selama ini membuatkan mereka terus hidup dengan sokongan ahlinya yang setia.

Tidak perlulah menilai sama ada perjuangan Islam yang dibawa Pas benar-benar ikhlas atau sekadar laungan palsu.

Namun yang pasti sudah ramai ahli di peringkat akar umbi Pas gelisan dengan tindakan pimpinan Pas yang seolah-olah dipermainkan rakan pakatan mereka DAP dan PKR.

Mereka sudah boleh melihat Pas seolah-olah lupa dengan prinsip perjuangan mereka dan sentiasa tenggelam mengikut telunjuk DAP, PKR sedangkan dari sudut jentera dan sokongan Pas jauh lebih besar dari rakan pakatan mereka itu.  Kesannya Pas sudah kena padah bila kalah di Galas dengan majority bertambah.

Walaupun masih pertahankan tentang perjuangan negara Islam dan menegakkan hukum hudud namun tindak tanduk Pas lebih kepada mengejar kuasa dan selesa menjadi boneka DAP dan PKR. Pas jelas berdolak dalik.

Justeru Pas mempunyai peluang untuk membuktikan prinsip perjuangan mereka tetap teguh pada Konvensyen Pakatan Rakyat hujung minggu ini.

Pas wajib membawa isu-isu yang berkaitan Islam seperti penubuhan negara Islam yang diidam-idamkan dan pendirian pakatan rakyat tentang hukum hudud jika tidak Pas akan dilihat terus menjadi parti boneka DAP dan PKR.

Jika benar-benar Pas ingin menegakkan Islam, Pas perlu lakukannya sekarang bukan hanya bercakap kosong.

Konvensyen Pakatan Rakyat kali kedua yang akan diadakan di Dewan Melinnium, Kepala Batas, Pulau Pinang pada 19 Disember ini adalah medan menilai sejauh mana prinsip perjuangan Pas itu dipertahankan.

Apa yang diharapkan Pas sebagai parti yang selalu dilaung-laungkan menegakkan Islam wajib membawa isu keislaman dalam kovensyen itu.  Kalau tidak benarlah sebagai dikatakan Pas hanya menggunakan Islam sebagai kosmetik parti itu.

Haji Hasbul Gunung Semanggol

Lagi Berita