Roboh Surau… Mana Janji Pakatan Bela Rakyat Semua Kaum??

RAWANG, 20 Dis –  Mana hilangnya slogan membela rakyat?  Ke mana hilangnya laungan perjuangan Islam?  Mungkin ini cuba digambarkan penduduk kariah Islam Rawang terhadap kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP berhubung kedudukan Surau Al-Hidayah Pekan Rawang yang bakal dirobohkan.

Sambil menyatakan rasa kecewa dengan tidakan tersebut, kariah kawasan tersebut juga turut mempertikai tindakan kerajaan negeri yang mengeluarkan lapan geran berasingan ke atas tanah rizab Surau Al-Hidayah Pekan Rawang kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan dalam siri  semula Bandar Baru Rawang

“Kami kariah Islam Rawang cukup kecewa dengan tindakan yang dibuat Kerajaan Negeri Selangor dan Pejabat Tanah Gombak kerana telah mengeluarkan lapan geran berasingan ke atas tnah rizab Surau Al-Hidayah Pekan Rawang kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan dalam siri  semula Bandar Baru Rawang”.

Demikian keluhan Pengerusi Surau Al-Hidayah Pekan Rawang, Haji Bing Selamat selepas mengetuai satu demonstrasi aman  di perkarangan Masjid Al-Hidayah sebagai bantahan atas keputusan Kerajaan Negeri di sini, Ahad

“Geran-geran ini telah didaftarkan pada 26 Jun 2009, dan syarikat yang dimaksudkan islah SAP Holding Berhad. Pihak kami telah membuat bantahan tentang hak rizab surau ini supaya dikekalkan sejak 1999 lagi.

“…dan pada 17 Januari 2003, pihak Pejabat Tanah Daerah Gombak telah mengarahkan SAP Holdings meminda pelan pertapakan dan pelan pra-hitungan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Selangor Bil B11/24/97/PD dengan mengekalkan tapak masjid selaras dengan keputusan EXCO MTES Bil 4/2001 bersesuaian dengan keputusan mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor yang bersidang pada 2 Januari 2002,” ujarnya.

Dalam masa yang sama kata beliau lagi pihaknya juga hairan dan sedih apabila syarikat Mahumas Sdn Bhd yang bertindak sebagai pemaju pada 19 Oktober 2010 mengeluarkan notis mengarahkan agar mengosongkan tapak Surau Al-Hidayah dan aktiviti perniagaan di atasnya.

“Tarikh akhir pengosongan adalah selewat-lewatnya 30 November 2010 di atas alasan tapak ini adalah kepunyaan Mahumas Sdn Bhd dan akan memulakan pembinaan projek di atasnya tidak lama lagi.

“Kami telah berbincang dengan pihak SAP pada 30 November mengenai persoalan surau ini tetapi malangnya pihak CEO SAP sering mengelak dari memberikan sebarang jawapan dan keputusan,” tambahnya.

Sehubungan dengan itu, Badan Bertindak Surau Al-Hidayah berpandangan bahawa pihak Mahumas, SAP , Pejabat Tanah Daerah Gombak dan kerajaan Selangor tidak prihatin tentang sensitiviti orang Islam khususnya di Rawang dengan memecah lot tanah rizab surau dan mengeluarkan geran kepada sebuah syarikat swasta milik kerajaan negeri, maka pihak Badan Bertindak Surau AL-Hidayah akan mengambi beberapa tindakan drastik.

“Kami akan membuat laporan polis dan SPRM kerana terdapat kesangsian terhadap pengeluaran geran memandangkan Pejbat Tanah Daerah Gombak ada membuat arahan supaya SAP meminda pelan petapakan dan pelan pra-hitungan dengan mengekalkan tapak masjid/surau,” ujarnya. – MediaUMNO

Lagi Berita