Kisah Mat King Leather Minta Maaf Pada Karpal

Ketua-Pembangkang-Yang-Digantung Anwar “Mat King Leather” Ibrahim memohon maaf kepada Pengerusi DAP Karpal Singh diatas kepincangan dan kecacatan dalam PKR, yang selama ini menjadi ‘bon pengikat’ antara Pembangkang yang sebenarnya ‘Rakan-kongsi-yang-tidur-sebantal-tetapi-mimpi-lain-lain’ Pakatan Rakyat (PR).

Antara isi kandung ucapan Mantan-Salahguna-Kuasa itu di Seberang Perai ialah:

  1. Beliau terima teguran Karpal dan minta maaf apa yang telah terjadi dalam PKR.
  2. PR tolak kerakusan kuasa dan rasuah (Walaupun dalam PKR sendiri mengamalkanya)
  3. Kesetiaan rakyat kepada Kerajaan adalah bersyarat selagi ianya tidak mengamalkan korupsi.
  4. TNB membeli tenaga dari penjana tenaga bebas sebanyak 25% lebih mahal dan RM 23 Bilion telah di bazirkan.
  5. Mengenai pendedahan Wikileaks beliau tidak diberi peluang untuk beri bukti kerana BN takut perkara tersebut dibawa di Parlimen.
  6. Persoalkan kenapa Menteri Dalam Negeri  hanya perkatakan sebahagian kecil tentang pendedahan Wikileaks, seperti kes Altantuya; pemimpin-pemimpin Malaysia lemah.
  7. Isu APCO – beliau dakwa punyai bukti bahawa terdapat surat pnjanjian diantara DCI dengan Kerajaan Israel dan perjanjian Pegawai Akhbar PM dgn APCO Syarikat ini ada hubungan dgn SHIN BETH yang sering tembak pemimpin Islam; One Israel beri keutamaan kepada kesihatan seperti yg diperkenalkan sebagai Klinik 1 Malaysia.
  8. Pendakwaan kes PKFZ dan Mantan-MB-Selangor Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo adalah satu sandiwara.
  9. Minta buku jingga PR dicetak lebih banyak untuk memastikan rakyat terima maklumat mengenai pendirian.
  10. PR PRK DUN Tenang akan diwakili oleh PAS.
  11. Mesyuarat Ketua Menteri/Menteri Besar PR akan diadakan pada hujung bulan ini.
  12. PR akan anjur Kongres Ekonomi pada bulan Mac nanti.

Tindakan Anwar memohon maaf kepada Karpal menunjukan bahawa parti Chauvinis Cina DAP itu sebenarnya ‘Tuan’ dalam perkongsian-tiga-penjuru PR. PKR yang semenjak 8 Mac 2008 menduduki kerusi Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat hanyalah ‘sandiwara’ kerana ingin menentukan sokongan orang Melayu (yang sebenarnya kuasa majoriti sebenar Malaysia) berterusan kepada PR, terutama calon PKR dan PAS bagi apa apa pilihanraya pasca PRU 12.

Hakikatnya, DAP sudah pun mengaut semua kerusi majoriti Cina dan tidak akan ada pertambahan lagi dalam mana mana PRU kerana kerusi majoriti atau hampir majoriti masyarakat Cina ini terhad. Maka kemampuan untuk meraih tambahan kerusi adalah amat sukar kerana orang Melayu sebagai penentu majoriti undi Malaysia rata rata menolak keras dasar Chauvinis Cina (anti Melayu dan anti Islam) DAP. DAP sendiri tidak diwakili oleh orang Melayu.

Tiada seorang pun orang Melayu diketengahkan sebagai calon DAP dalam PRU 12 samada kerusi Parlimen atau mana mana DUN. Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi DAP yang diwakili oleh orang Melayu hanyalah sebagai ‘token’.

Kerajaan PR Selangor dan Kedah sendiri mengamalkan korupsi. Kerajaan DAP Pulau Pinang pula menindas orang Melayu, yang amat terserlah dalam kes pengambilan tanah secara paksa di Balik Pulau. Saranan Anwar ini bermakna rakyat menolak PR.

Anwar merupakan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri semasa perjanjian dengan IPP ditanda tangani. Antara syarikat yang mendapat kontrak ialah kroni Anwar sendiri (pada masa itu) iaitu MRCB.

Isu Wikileaks bukan isu maklumat antara agensi dalam negara. Ianya berkenaan laporan agensi perisikan Singapura kepada agensi perisikan Australia dan Amerika Syarikat melalui saluran kabel diplomatik dan tidak ada kena mengena dengan ‘kebocoran’ maklumat rahsia dalam sistem Kerajaan Malaysia.

PR hanya mahu membangkitkan dalam Parlimen sebagai modal untuk dipolitikan secara manipulasi dan mensensasikan maklumat, modus operandibiasa apabila terdesak dan tersepit.

Isu APCO sebenarnya kegagalan Anwar mengemukan bukti pada forum yang sewajarnya: Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen walaupun diberikan masa dan peluang yang cukup.

Anwar semenjak ‘terperangkap’ (kerana beliau merupakan ‘buah hati’ Yahudi Neo Con dan tindakan beliau membidas lantikan APCO mewakili Kerajaan dalam kerja lobi di Amerika Syarikat akhirnya disifatkan sebagai ‘Anti Yahudi’ oleh media Barat yang suatu masa mengagungkan beliau) dalam isu APCO kini amat jelas menunjukan kekalutan untuk melepaskan diri dalam arean politik arus perdana.

Pendakwaan Tun Dr Ling Liong Sik dan Dr Khir merupakan bukti bahawa Kerajaan Persekutuan tidak pilih kasih dan proses pendakwaan berlaku apabila pihak yang menyiasat (SPRM) benar benar yakin dengan bukti yang dikemukakan penglibatan ahli politik tersebut yang menyalahi undang undang, termasuk Kanun Keseksaan.

“Buku Jingga’ merupakan satu tindakan yang membuktikan bahawa siri pembohongan, manipulasi dan ‘Politik Kebencian’ PR adalah berada dalam keadaan runcing dan amat terdesak kerana rakyat mula sedar dan tidak lagi menerima politik songsang mereka.

Anwar kini memang jelas membawa PR ke kancah yang lebih buruk dari kedudukan mereka pada 8 Mac 2008 dan cara ‘terdesak’ ini memberikan gambaran amat nyata bahawa antara pemimpin PR sendiri mula meragui dan hilang keyakinan.

bigdogdotcom.wordpress.com

Lagi Berita