SHEB Rancang Teruskan Program Khatan Perdana

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Ekoran sambutan yang menggalakkan daripada  masyarakat, Program Khatan Perdana anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO akan diteruskan lagi pada masa depan, kata Pengerusi SHEB , Tengku Azman Tengku Zainal Abidin.

Jelasnya program yang telah sampai kemuncaknya itu bukan sahaja mendapat sokongan baik malah sebagai usaha merapatkan Pemuda dengan masyarakat khususnya di kawasan bandar.

Beliau memberitahu program khatan perdana ini merupakan  program khas secara percuma anjuran SHEB sempena musim cuti sekolah.

“Sebanyak 14 buah lokasi di seluruh negara terutama di bandar telah dilawati bagi melaksanakan program secara percuma itu

“Program ini merupakan usaha pergerakan itu bersama NGO menjalankan khidmat berkhatan secara percuma di bahagian yang terpilih seluruh negara”, katanya  selepas Majlis Perasmian Khatan Perdana di Masjid Al-Firdaus, Jalan Segambut Luar di sini.

Tambahnya lagi seramai 20 sukarelawan termasuk doktor perubatan telah bersama-sama SHEB terlibat melaksanakan  gerak kerja berkenaan tanpa mengira penat dan lelah demi berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat seluruh negara.

“Ini merupakan gerak kerja kita selain tugas dan tanggungjawab kepada parti. Tugas dan peranan kepada masyarakat sama sekali kita tidak lupakan malah akan terus dipergiatkan dengan lebih hebat selepas ini,” katanya. -MediaUMNO

Lagi Berita