Pakatan Sudah Tidak Mampu Lagi Sorok Kelemahan Diri

PETALING JAYA, 22 Dis – Sikap hanya pandai menabur janji pakatan pembangkang membuatkan rakyat negeri ini mula berfikir dan menilai sejauh mana kesungguhan mereka mentadbir dan membela nasib rakyat.

Hakikat terlalu banyak janji yang dibuat pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu yang sehingga kini hanya tinggal janji.

ketua bhgn PJU-Salim SujakDemikian menurut Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Senator Datuk Ikhwan Salim Sujak.

Jelasnya ekoran dari “cakap tak serupa bikin” ini masyarakat setempat mula kembali dan menyedari hanya BN yang mampu membantu mereka menyelesaikan masalah.

“Rakyat Selangor mula sedar bahawa pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji. Apabila masalah rakyat tidak dipedulikan, rakyat kembali kepada BN kerana mereka sedar, BN sentiasa membantu tanpa mengira ideologi politik.

“Kita sentiasa terbuka dan membantu mereka yang memerlukan. Apa yang pasti, rakyat nampak bahawa Selangor bukanlah negeri berkebajikan seperti yang diwar-warkan,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi, dengan hanya pemberian air percuma, itu bukan kayu pengukur Selangor negeri berkebajikan.

“Kerajaan sendiri telah menyalurkan perlbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat termasuk di Selangor berbanding Kerajaan Negeri sendiri”, ujarnya.

Beliau yang ditemui pada Program Juara Rakyat, Karnival Pendidikan dan Bimbingan Kerjaya di Apartment Damansara Bistari baru-baru ini berkata pakatan pembangkang tidak mampu lagi menyorok kelemahan mereka dengan menunding jari kepada BN sepanjang masa.

“Mereka tidak boleh menipu rakyat sepanjang masa.  Ini kerana hari demi hari rakyat boleh melihat dan menilai siapa sebenarnya yang boleh mereka bergantung harap”, katanya.

Mengulas berhubung tema juara rakyat kali ini, beliau berkata, pendedahan begini amat penting agar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) boleh menyusun hala tuju mereka.

“Program sebegini juga dapat membantu melahirkan insan berilmu cemerlang dan terbilang yang bakal memimpin negara kelak,” jelasnya. –MediaUMNO.

Lagi Berita